Petua Melawat Alor SetarPetua Melawat Alor Setar (10 November, 2015)


English

Petua Melawat Alor Setar adalah panduan untuk mengenali dan menikmati bandaraya Alor Setar!

Alor Setar (Jawi: الور ستار; GPS: 6.12587, 100.37109) ialah ibu negeri dan bandaraya terbesar di Kedah. Bandaraya yang berpenduduk lebih kurang 400,000 orang ini telah diasaskan pada 31hb Disember, 1735, oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin (1710-1778), pemerintah Kesultanan Kedah yang ke-19 apabila baginda memindahkan istananya dari Kota Bukit Pinang ke Kota Setar. Saya menulis petua ini untuk membekalkan anda maklumat berguna untuk merancang lawatan ke Alor Setar, dengan maklumat kesemua tempat menarik di kotaraya ini. Maklumat kebanyakan tempat dilengkapi dengan koordinat GPS untuk memudahkan anda bernavigasi.

Lokasi tempat di Alor Setar dalam peta

Tempat menarik di Alor Setar

  1. Balai Besar (GPS: 6.11991, 100.36648)

  2. Balai Nobat (GPS: 6.12099, 100.3666)

  3. Balai Seni Negeri (GPS: 6.11877, 100.36558)

  4. Bangunan Jam Besar (GPS: 6.12118, 100.36589)

  5. Church of St Michael (GPS: 6.11759, 100.37463)

  6. Istana Anak Bukit (GPS: 6.20982, 100.43186)

  7. Istana Kuning (GPS: 6.1237, 100.36813)

  8. Istana Sepachendera, Kampung Baru (GPS: 6.12301, 100.36955)

  9. Istana Tunku Kudin, Bukit Pinang (GPS: 6.20982, 100.43186)

  10. Kedah State Museum (GPS: 6.13609, 100.36885)

  11. Mahathir's Birth House (GPS: 6.11325, 100.36287)

  12. Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (GPS: 6.12139, 100.36692)

  13. Masjid Albukhary (GPS: 6.13244, 100.38729)

  14. Masjid Zahir (GPS: 6.12033, 100.36515)

  15. Menara Alor Setar (GPS: 6.12444, 100.3674)

  16. Muzium Diraja Negeri Kedah (GPS: 6.11945, 100.36688)

  17. Rumah Merdeka (GPS: 6.12304, 100.36003)

  18. Tugu Pahlawan (GPS: 6.14733, 100.37291)

  19. Wan Muhammad Saman Building (GPS: 6.11881, 100.36629)

Kategori tempat di Alor Setar

Tempat makan di Alor Setar

  1. Nasi Lemak Ong (GPS: 6.1231, 100.36339)

Stesen minyak di Alor Setar

  1. Petronas Jalan Putra, Alor Setar (GPS: 6.123613, 100.360800)

  2. Petronas Jalan Putra, Mergong (GPS: 6.13782, 100.34033)

Bank di Alor Setar

  1. Bank Simpanan Nasional Main Branch (GPS: 6.119125, 100.368131)

  2. Bank Simpanan Nasional Mergong (GPS: 6.125837, 100.357399)

Lapangan terbang di Alor Setar

  1. Alor Setar Airport (GPS: 6.19186, 100.39506)

Hartanah residensi di Alor Setar

  1. Amansuri Residences (GPS: 6.12936, 100.36712)

Tempat menarik yang lain di Alor Setar

Alor Setar pada Google Maps Street View

Mengenai Alor Setar

Kota Setar diubah namanya kepada Alor Setar semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), kemungkinan untuk mengaitkannya dengan terusan, terutama sekali Terusan Wan Mat Saman, yang merupakan terusan pengairan yang paling panjang di Malaysia. Walaupun diubah nama, bandaraya ini masih ditadbiri di bawah Majlis Daerah Kota Setar.

Alor Setar adalah pusat pentadbiran yang kelapan untuk Kedah selepas Kota Bukit Meriam, Kota Sungai Emas, Kota Siputeh, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang. Namanya Alor Setar berasal daripada dua perkataan di mana "alor" bermaksud sungai kecil (dari bahasa Tamil, alur, yang bermakna parit) manakala "setar" ialah nama pokok Bouea macrophylla yang mengeluarkan buah seperti mangga. Baginda memberi nama tersebut sebab kawasan itu ada banyak pokok setar. Akan tetapi, saudagar yang tiba di tempat itu memanggil kawasan yang terletak antara Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit sebagai Alor Setar, dan nama itu telah menjadi kebiasaan.

Alor Setar pada waktu senjaAlor Setar pada waktu senja (26 November 2006)

Pergi ke Alor Setar

Dari Darat
Alor Setar adalah 126km dari Pulau Pinang (melalui Jambatan Pulau Pinang) dan 45km dari sempadan Malaysia-Thai. Terdapat bas ekspres ke Alor Setar dari kebanyakan bandar besar di Semenanjung Malaysia.

Cara yang paling praktikal untuk melawat Alor Setar adalah dengan memandu kereta sendiri. Alor Setar terletak di sebelah barat Lebuhraya Utara Selatan yang merentasi Semenanjung dari Bukit Kayu Hitam hingga ke Johor Bahru. Susur keluar dari lebuhraya pada Exit 178 (Persimpangan Alor Setar Selatan) atau Exit 180 (Persimpangan Alor Setar Utara).

Dari Udara
Terdapat penerbangan harian antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar dengan Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Perjalanan mengambil masa 55 minit. Firefly juga mengendalikan penerbangan antara Alor Setar dengan Singapura sejak bulan Oktober 2009.

Dengan Keretapi
Mulai 11hb Julai 2015, Stesen Keretapi Alor Setar menerima tren ETS antara Kuala Lumpur dengan Padang Besar. Dengan Feri
Anda boleh menaiki feri ke Alor Setar dari Langkawi. Feri itu akan berlabuh di Terminal Jeti Penumpang Kuala Kedah, dan dari sana, anda perlu menaiki teksi ke Alor Setar. Perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit.

Kaunter Tiket
Kuala Kedah: 04 762 6295, 04 762 6296
Langkawi: 04 966 1125, 04 966 1126

Buah setarBuah setar, from which Alor Setar got its name. (14 March, 2015)

Sejarah Alor Setar

Dari masa ia diasas sehingga sekarang, Alor Setar telah dua kali diserang oleh kuasa luar. Kali pertama adalah dalam tangan orang Bugis pada tahun 1770, dan kali kedua pula oleh tentera Siam pada tahun 1821. Serangan Bugis telah memusnahkan Istana Kota Setar dan menyebabkan Balai Besar hangus dibakar. Oleh sebab itu, Sultan Abdullah Mukaram Shah telah membuat perjanjian bersama Kapten Francis Light dengan hasrat mendapat perlindungan daripada British, dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan pembukaan Pulau Pinang.

Serangan daripada Siam terhadap Kedah telah menyebabkannya kehilangan kawasan daerah-daerah yang dahulunya sebahagian daripada Kesultanan Kedah, termasuk Perlis dan Setul. Ketika Siam menjajah Kedah, Sultan Kedah telah bersemayam dalam buangan di Pulau Pinang sementara pusat pentadbiran Kedah dipindah ke Alor Ganu. Pada tahun 1897, Perlis dan Setul telah dikembalikan kepada Kedah, walaupun kesemuanya masih di bawah jajahan Siam. Tidak berapa lama kemudian, dalam Perjanjian Bangkok tahun 1909 antara Siam dan Great Britain, Perlis menjadi sebuah negeri yang terasing dari Kedah manakala Setul pula menjadi Wilayah Satun di Siam. Untuk memahami sejarah Kedah dengan lebih dekat, sila baca artikel saya berkenaan Kubu Kuala Kedah.

Ejaan nama bandaraya ini Setar telah berubah antara Alor Setar dan Alor Star sebanyak beberapa kali. Pada zaman sebelum kemerdekaan, namanya ditulis Alor Star. Mengikut seorang sahabat dan ahli majlis Persatuan Warisan Pulau Pinang, Tunku Ismail Jewa, nama dari Jawi apabila dirumikan adalah satu sukukata, iaitu "star". Ia diubah kepada "Setar" pada tahun 1969. Namanya kekal Alor Setar hingga 21hb Disember 2003, apabila Alor diberi status bandaraya. Selaras dengan itu, nama bandaraya diumumkan sebagai "Alor Star", mengikut tulisan Jawi yang asal, dan juga mengikut sebutan tempatan Kedah.

Nama "Alor Star" digunakan dari penghujung 2003 hingga 14hb Januari, 2009, apabila kerajaan baru di bawah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan yang ejaannya dikembalikan kepada Alor Setar. Tiada sebarang penjelasan yang diberikan melainkan itu atas permintaan pihak berkuasa tempatan. Oleh sebab tindakan ini diambil tanpa mengikut alasan sejarah yang kukuh, perdebatan masih berterusan sama ada nama bandaraya ini harus ditulis sebagai Alor Setar atau Alor Star.

Kampung tepi sungai di Alor SetarKampung tepi sungai di Alor Setar (8 Januari, 2006)


Masjid Albukhary, Alor SetarMasjid Albukhary, Alor Setar (26 November, 2006)

Senarai Bandar di Kedah dan Ibu Negeri di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.