Daerah Johor Bahru adalah daerah yang merangkumi Bandaraya Johor Bahru di sebelah selatan Semenanjung Malaysia. Daerah ini disempadani Daerah Pontian di sebelah barat, Daerah Kluang di sebelah utara, Daerah Kota Tinggi di sebelah timur, dan Selat Johor di sebelah selatan. Daerah ini meliputi kawasan 1,112 kilometer persegi. Pada tahun 2010, ia mempunyai jumlah penduduk 1,334,188 orang.