Kota dan Makam Touhid (GPS: 1.73486, 103.90856) adalah sebuah tapak bersejarah di Kota Tinggi, Johor. Nama Touhid merujuk bukan kepada seseorang, tetapi nama tempat. Kota Touhid adalah ibu negeri yang ke-8 untuk Kesultanan Johor. Ia digunakan semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (1623-1677) dan sekali lagi, semasa pemerintahan Bendahara Tun Habab, yang menjadi Sultan Abdul Jalil Riayat Shah (1699-1718).
Kota Touhid dibina oleh Sultan Abdul Jalil Shah III yang menjalin hubungan baik dengan Belanda, dan dengan itu, dapat mengimpot bata-bata yang diperkenalkan oleh Belanda untuk pembinaan kota ini. Juga bertapak di sini ialah sebuah perkuburan pembesar-pembesar yang digelar sekarang sebagai Makam Touhid.
Pada tahun 1642, suatu wabak penyakit telah melanda Kota Touhid, memaksanya ditinggalkan. Oleh pada itu, ibu negeri Johor telah dipindahkan ke Pasir Raja.
Touhid Grave, Kota Tinggi (13 September, 2016)
Kubur pembesar-pembesar Johor di Makam Touhid (13 September, 2016)
Papan tanda di tapak Kota Touhid. (13 September, 2016)
Kota dan Makam Touhid adalah dalam peta Kota Tinggi