Bon Ton Resort (GPS: 6.30945, 99.72435) adalah sebuah hotel butik di Langkawi. Resort pada Jalan Kuala Muda mempamerkan keindahan suasana desa sebelah utara Pantai Cenang. Bagaikan rahsia yang terpelihara (walaupun sekarang, dah dikenali ramai) Bon Ton Resort tidak menunjukkan keindahannya dari tepi jalan besar. Hanya setelah anda menjejak masuk ke dalam barulah anda terpesona dengan keindahannya.
Bon Ton Resort terdiri daripada lapan rumah kampung Melayu yang menawan. Rumah-rumah ini pada asalnya didirikan di beberapa kampung di serata Negeri Kedah. Kebanyakannya dalam keadaan terabai. Setiap satu rumah telah dibeli, dirombak and dipindahkan kepada tapak baru di Langkawi, di mana setiap rumah dibina semula dan disesuaikan sebagai chalet mewah.
Di tengah-tengah Bon Ton Resort ialah sebuah restoran yang sering dikunjungi oleh tetamu rumah dan juga tetamu luar. Resort itu juga mempunyai sebuah kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan tempatan. Bersebelahan ialah sebuah lagi resort dari pemilik yang sama. Bernama Temple Tree at Bon Ton, ia juga terdiri daripada sekelompok bangunan yang telah dibaikpulih.
Mari kita melawat Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Jalan ini ke Bon Ton Resort! (19 Februari, 2017)
Bon Ton Resort, Langkawi (20 Februari, 2017)
Dek senja di sekeliling kolam renang Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Suasana di Bon Ton Resort ibaratkan resort dekat Bali. (19 Februari, 2017)
Restoran Nam adalah restoran di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Pandangan Restoran Nam dari pekarangan Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Dari Restoran Nam, anda boleh menikmati keindahan tasik dan rumah atas permukaan air yang digunakan sebagai tempat sarapan ekslusif oleh Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Chin Chin adalah sebuah bar di Bon Ton Resort. Bangunannya pada asal adalah sebuah kedai perniagaan getah. (19 Februari, 2017)
Kolam renang Bon Ton Resort tersergam indah pada hari panas. (19 Februari, 2017)
Bon Ton Resort, seindah poskad. (19 Februari, 2017)
Suatu tempat untuk beristirehat. (19 Februari, 2017)
Seekor kucing yang dahulunya kucing liar sekarang bebas menikmati hidup mewah di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Menetap di Bon Ton adalah ibarat tinggal di sebuah kampung yang sungguh kemas. (19 Februari, 2017)
Setiap sudut Bon Ton Resort mempunyai keindahan tersendiri. Di sini, kami di tepi sebuah tasik dengan rumah Melayu di tepinya, dan kemuncak Gunung Mat Cincang di latar belakang. (19 Februari, 2017)
Keladi bunting tumbuh di sisi tasik di Bon Ton Resort. (19 Februari, 2017)
Chalet mewah di Bon Ton Resort
Terdapat sejumlah 8 chalet mewah di Bon Ton, setiap satu boleh menampung sepasang tetamu. Chalet ini pada asalnya merupakan rumah kampoung yang teleh dipindah ke tapak baru dan diubahsuai sebagai chalet. Setiap chalet diberi nama termasuk Black Coral, Blue Ginger, Cahaya, Laguna, Palm, Silk, White Frangipanni dan Yellow Orchid.
Satu daripada chalet di Bon Ton Resort. Kalau tidak silap, namanya Black Coral. (19 Februari, 2017)
Chalet yang dicat biru ini, dengan pokok halia di depannya, dipanggil Blue Ginger. (19 Februari, 2017)
Satu lagi pandangan chalet Blue Ginger. (19 Februari, 2017)
Chalet ini, kalau tak silap saya, diberi nama Palm. (19 Februari, 2017)
Chalet bernama White Frangipani kelihatan tersembunyi di belakang kelompok pokok palma. (19 Februari, 2017)
Seperti suasana kampung di chalet bernama Silk. (19 Februari, 2017)
Terletak di bawah sepohon pokok ketapang ialah chalet bernama Yellow Orchid. (19 Februari, 2017)
Pandangan dalam chalet Bon Ton Resort
Begini rumahnya bahagian dalam sebuah chalet mewah di Bon Ton Resort, lengkap dengan katil bertiang empat. (19 Februari, 2017)
Dan ini pula bilik air chalet. (19 Februari, 2017)
Kedai Cenderamata Bon Ton
Terdapat sebuah kedai cenderamata di Bon Ton. Ia menjual pelbagai barangan termasuk buku, barangan kegunaan diri, barang mainan dan cenderamata yang lain.
Bon Ton Shop (20 Februari, 2017)
Bon Ton Shop (20 Februari, 2017)
Pandangan 360° Bon Ton Resort pada Google Maps Street View