Dataran Lang (GPS: 6.3084, 99.85195), yang juga dipanggil Eagle Square, adalah sebuah dataran yang terkemuka di Kuah, Langkawi. Pelawat yang tiba di Langkawi pasti akan nampak dataran ini bersama tugu helang merah setinggi 12 meter. Helang merah telah dipilih sebagai lambang Langkawi atas kepercayaan yang perkataan "Langkawi" berasal dari perkataan "lang" (helang) dan "kawi" (merah keperangan).
Dataran Lang adalah sebuah taman yang telah dipercantikkan dengan astaka, kolam reflektif, jambatan dan restoran. Pada waktu malam, tempat ini lebih cantik lagi dengan sinaran lampu yang menerangkan tugu helang merah. Ia tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan makan angin.
Nama saya Timothy Tye. Saya adalah pengarang laman web ini dan seorang agen hartanah (REN 32418) di Pulau Pinang. Saya menulis laman ini untuk memberi anda maklumat yang saya harap dapat anda gunakan untuk mengenali, memahami dan meneroka Pulau Pinang dan juga tempat-tempat lain. Sekiranya anda ingin membeli, menyewa atau melabur dalam hartanah Pulau Pinang, saya dan agen hartanah saya berbesar hati dapat menghulurkan khidmat kami kepada anda. Hubungi saya di sini.
Klik "Hartanah" untuk meninjau senarai hartanah untuk dijual ataupun disewa.