Jetty Point (GPS: 6.30636, 99.85189), yang juga disebuh Kompleks Jeti Pelancongan, ialah kompleks membeli-belah di Kuah, Langkawi. Ia terletak pada Persiaran Putra, bersebelahan dengan Terminal Feri Penumpang Kuah, dan merupakan pusat barangan bebas cukai untuk pelawat Langkawi yang menaiki feri. Kompleks ini juga berfungsi sebagai tempat mengutip penumpang. Terdapat agensi pelancongan, teksi dan kereta sewa di sini dan pada seberang jalan terdapat tempat meletak kereta.
Medan selera di Jetty Point (19 February, 2017)
Jalan di depan Jetty Point seringkali sesak. (19 February, 2017)
Nama saya Timothy Tye. Saya adalah pengarang laman web ini dan seorang agen hartanah (REN 32418) di Pulau Pinang. Saya menulis laman ini untuk memberi anda maklumat yang saya harap dapat anda gunakan untuk mengenali, memahami dan meneroka Pulau Pinang dan juga tempat-tempat lain. Sekiranya anda ingin membeli, menyewa atau melabur dalam hartanah Pulau Pinang, saya dan agen hartanah saya berbesar hati dapat menghulurkan khidmat kami kepada anda. Hubungi saya di sini.
Klik "Hartanah" untuk meninjau senarai hartanah untuk dijual ataupun disewa.