Persiaran Putra adalah jalanraya utama di Kuah, Langkawi. Jalan ini menghubungi kebanyakan tempat penting di bandar Kuah. Ia diberi nama sempena Almarhum Tunku Abdu Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan Langkawi menjadi destinasi pelancongan taraf antarabangsa.
Persiaran Putra bermula dari Terminal Feri Penumpang Kuah, dan berakhir di persimpangan Jalan Ayer Hangat, dari mana bermulanya Jalan Padang Matsirat. Ia menggunakan kod lalu persekutuan 112.