Taman Legenda LangkawiTaman Legenda Langkawi (19 February, 2017)


English

Taman Legenda (GPS: 6.30885, 99.85459), yang seringkali ditulis sebagai Taman Lagenda, adalah sebuah taman persisiran pantai di Kuah, Langkawi. Taman seluas 50 ekar ini mempunyai banyak tugu memperingati pelbagai legenda yang bersangkutpaut dengan Langkawi. Terdapat papan tanda yang menerangkan setiap satu legenda dan sebuah peta yang besar menunjukkan kedudukan setiap papan tanda tersebut.

Taman Legenda mengumpul kesemua legenda masyhur berkenaan Langkawi ke satu tempat. Apabila anda melawat tapak ini, anda akan berpeluang mengenali legenda-legenda Langkawi dan juga tempat-tempat berlegenda, seperti Tanjong Chinchin, Ayer Hangat, legenda Gergasi Bertarung, Bukit Tinjau, Belanga Pechah, Kuah, legenda Dayang Bunting, Telaga Tujoh, Bukit Hantu, Padang Gaong, legenda Garuda and Jentayu, Tombak Pandak Mayah, Warita Mahsuri, legenda Sumpah Turuh Keturunan Mahsuri dan Tamatnya Sumpah.

Penduduk tempatan sering berkunjung ke Taman Legenda untuk berjalan-jalan makan angin. Terdapat empat tasik buatan manusia di sini, dan pokok-pokok ditanam untuk menghijaukan suasana taman. Dari taman ini, anda boleh memandang ke at Dataran Lang.

Taman Legenda, KuahTaman Legenda, Kuah
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuah#/media/File:Legend_Park_Langkawi_-_view_of_lake.JPG
authorshipHzh

photo licensing

Taman Legenda, KuahTaman Legenda, Kuah
photo sourcehttps://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Kuah#/media/File:Legend_Park_Langkawi_-_a_view.JPG
authorshipHzh

photo licensing

Taman Legenda adalah dalam peta Kuah

Senarai Taman di Langkawi, Taman di Kedah and Taman di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos



Terima kasih kerana mengguna laman ini!

Nama saya Timothy Tye. Saya adalah pengarang laman web ini dan seorang agen hartanah (REN 32418) di Pulau Pinang. Saya menulis laman ini untuk memberi anda maklumat yang saya harap dapat anda gunakan untuk mengenali, memahami dan meneroka Pulau Pinang dan juga tempat-tempat lain. Sekiranya anda ingin membeli, menyewa atau melabur dalam hartanah Pulau Pinang, saya dan agen hartanah saya berbesar hati dapat menghulurkan khidmat kami kepada anda. Hubungi saya di sini.

Klik "Hartanah" untuk meninjau senarai hartanah untuk dijual ataupun disewa.

Hartanah

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.