Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu (GPS: 3.14044, 101.69274), yang juga digelar Ibu Pejabat KTM, adalah sebuah bangunan bersejarah di Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, di seberang jalan dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Seperti juga stesen keretapi tersebut, ia telah direkabentuk oleh Arthur Benison Hubback, arkitek British dari Jabatan Kerja Raja. Bangunan ini direkabentuk pada tahun 1913, dan pembinaan bermula pada tahun 1914. Kerja pembinaan tergendala akibat Perang Dunia Pertama tetapi bangunan ini sempat disiapkan dalam tahun 1917, pada kos $780,422, sejurus selepas perang. Seperti juga bangunan rekabentuk AB Hubback yang lain, Ibu Pejabat KTM mencerminkan senibina Mughal, digabungkan dengan usur-usur Moorish dan Ottoman, termasuk juga usur Gothik dan Yunani dari abad ke-14.1
Terdapat 97 gerbang berusur senibina Gothic pada tingkat bawah. Oleh sebab bangunan ini dibina pada ketika penghawa dingin belum digunakan, maka ia dibina dengan serambi yang luas, agar memberi keselesaan dalam iklim tropika. Di tingkat satu terdapat 94 tingkat bergerbang dan empat gerbang bulat. Pada tingkat dua pula terdapat 171 gerbang Gothik dan juga gerbang bulat, empat yang besar dan dua belas yang lebih kecil.
Terdapat lima kubah besar diletak pada penjuru-penjuru tertentu. Setiap kubah ini diiringi empat tiang terjalin. Hubbak mendapat ilham dari senibina Yunani Orthodoks dari abad ke-14 untuk merekabentuk kubah-kubah ini.
Bahagian utara Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building telah mengalami kerosakan teruk sebanyak dua kali. Kali pertama adalah semasa Perang Dua Kedua, apabila bangunan ini terkena bom. Kali kedua pula adalah pada tahun 1968, apabila berlaku kebakaran pada tingkat kedua.
Menaiki pengangkutan awam ke Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu Building