Makam Pahlawan adalah tempat perkuburan untuk pemimpin Malaysia yang beragama Islam. Ia terletak dalam perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur. Ia dibina pada tahun 1963 bersama-sama dengan pembinaan Masjid Negara, dan disiapkan pada tahun 1965. Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi pemimpin Malaysia yang pertama dikebumikan di sana. Makam Pahlawan terletak di kubahnya pada penghujung laluan yang menghubungkannya dengan Masjid Negara.
Senarai pemimpin Malaysia yang dikebumikan di luar dan di bawah kubah Makam Pahlawan adalah seperti berikut.
Di bawah kubah Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Di luar kubah Tan Sri Syed Jaabar Albar - Setiausaha-Agung UMNO Secretary-General dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
Tan Sri Syed Nasir - Yang di-Pertua Dewan Rakyat (meninggal 1982)
Tun Sardon Jubir - Menteri Kerja Raya dan Komunikasi, dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
Tan Sri Mohammad Noah - Menteri Dalam Negeri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (meninggal 1991)
Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara, Peguam Cara Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
Makam Pahlawan (8 Februari 2006)
Makam Pahlawan (8 Februari 2006)
Makam Pahlawan dilihat dari luar. (11 Julai, 2016)