Sungai Gombak adalah satu daripada sungai utama di Lembah Klang. Ia mempunyai puncanya di Selangor, dan mengalir masuk ke Kuala Lumpur, sehingga bertemu dengan Sungai Klang, di tapak berasasnya bandaraya Kuala Lumpur. Kawasan kuala itu hari ini tapak untuk Masjid Jamek Kuala Lumpur. Pada asalnya, Sungai Gombak digelar Sungai Lumpur. Dari nama inilah dipercayai datangnya nama untuk "Kuala Lumpur".
Untuk lebih mengenali Sungai Gombak, saya telah meniru laluannya dari kualanya dengan Sungai Klang sehingga ia tidak lagi kelihatan pada peta, di suatu tempat berdekatan Lebuhraya Karak. Sepanjang laluannya, Sungai Gombak mengalir di bawah tiga jalanraya utama iaitu Jalan Tun Razak, Lebuhraya DUKE dan Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur.
Sungai Gombak dekat Jalan Raja Laut, dengan lingkaran LRT di tepinya. (11 Julai, 2016)
Papan tanda Sungai Gombak (2 September, 2010)
Tempat di mana Sungai Gombak bertemu Sungai Klang. Sungai Gombak berada di depan. (8 Februari, 2006)