Taman Botani Perdana (GPS: 3.1446, 101.68347) adalah sebuah taman awam yang besar di Kuala Lumpur. Taman ini pada dahulunya digelar Lake Gardens atau Taman Tasik Perdana. Ia ditukar nama kepada Taman Botani Perdana oleh Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak pada 28hb Jun, 2011, dalam usaha untuk mengubah wajah taman ini kepada sebuah taman botani. Taman Botani Perdana merangkumi kawasan 226 ekar (91.6 hektar). Ia diurus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Tun Abdul Razak.
Dahulunya Taman Botani Perdana direkabentuk sebagai taman rekreasi. Kemudiannya ia telah ditanam dengan pelbagai jenis pokok, dan diubah peranannya menjadi taman botani. Di taman ini, para pelawat dapat menikmati suasana hutan belantara walaupun berada di pusat bandaraya.
1. Wetland & Taman Akuatik (GPS: 3.14712, 101.68496)
2. Panggung Anniversari (GPS: 3.14714, 101.68567)
3. Koleksi Pokok Hiasan (GPS: 3.14649, 101.68501)
4. Taman Bunga Raya (GPS: 3.14588, 101.68661)
5. Taman Orkid (GPS: 3.14397, 101.6876)
6. Taman Rusa (GPS: 3.14391, 101.68634)
7. Taman Oasis (GPS: 3.14515, 101.68402)
8. Taman Permainan Kanak-Kanak Lat (GPS: 3.14543, 101.68351)
9. Koleksi Palma (GPS: 3.14491, 101.68276)
10. Edible Garden (GPS: 3.14332, 101.6843)
11. Pulau Angsa (GPS: 3.14164, 101.68505)
12. Kelab Tasik Diraja (GPS: 3.14693, 101.6834)
13. Taman Permainan Kanak-kanak (GPS: 3.14686, 101.68151)
14. Taman Burung Kuala Lumpur (GPS: 3.14361, 101.68876)
15. Memorial Tun Abdul Razak (GPS: 3.14182, 101.68716)
Taman Tasik Kuala Lumpur mula-mula diasaskan pada tahun 1888. Ia hasil cadangan
The Kuala Lumpur Lake Gardens date back to 1888, when the Bendahari Negeri Selangor, Alfred Venning, yang mencadangkan yang sebuah taman botani diasaskan di kawasan tadahan Sungei Bras Bras. Cadangan ini telah mendapat sokongan dari Residen British Frank Swettenham, dan peruntukan pun dialihkan untuk tujuan ini.
Tujuan taman cadangan Venning adalah serupa dengan pembentukan Taman Botani Singapura dan Taman Botani Pulau Pinang, iaitu sebuah taman rekreasi yang juga dapat memainkan peranan untuk menyelidiki tumbuhan tropika untuk potensi ekonomi.
Pada 13hb Mei, 1889, taman yang dicadangkan itu pun dibuka. Pada mulanya, ia dipanggil Public Gardens (Taman Awam) sebelum ditukar namanya kepada Lake Gardens (Taman Tasik). Pembukaan taman itu telah dirasmikan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Pada masa itu, kediaman rasmi Residen British juga berada di dalam taman ini. Bangunan itu hari ini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara. Setahun setelah taman ini diasaskan, Venning telah menubuhkan sebuah kelab sosial bernama Lake Club, dan menempatkannya dalam taman ini. Pada masa itu, Lake Club hanya dibuka kepada Orang Eropah sahaja.
Dalam tahun-tahun kemudian, bangunan-bangunan lain juga ditambah ke kawasan Taman Tasik, antara yang paling mustahak merupakan Bangunan Parlimen, pada tahun 1963.
Taman Botani Perdana (26 September, 2004)
Taman Botani Perdana (26 September, 2004)
Taman permainan kanak-kanak di Taman Botani Perdana (26 September, 2004)
Taman Orkid Kuala Lumpur (8 July, 2016)
Pandangan 360° Taman Botani Perdana pada Google Maps Street View
Taman Botani Perdana
Melawat Taman Botani Perdana
Taman Botani Perdana dibuka kepada orang awam setiap hari dari 7:00am hingga 8:00pm. Masuk adalah percuma.