KomaLaut (GPS: 6.39434, 100.13062) ialah medan selera untuk menikmati makanan laut di Kuala Perlis. Ia adalah singkatan untuk Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis. Ia mengandungi gerai-gerai yang menjual makanan laut. Medan selera ini dibuka oleh DYMM Raja Perlis pada tahun 2012. Saya telah singgah di sini apabila berada di Kuala Perlis. Malangnya masa itu medan selera ini tidak dibuka. Nampak kosong sahaja. Kemungkinan ia hanya dibuka pada sebelah malam, tetapi setahu saya, bisnes di sini agak lengang.
KomaLaut (30 July, 2016)
360° View of KomaLaut on Google Maps Street View