Medan Selera Laman Brasmana (GPS: 6.39536, 100.12847) ialah sebuah pusat penjaja di Kuala Perlis. Ia berada di tepi Laman Brasmana. Gerai-gerai penjaja dibariskan di medan selera ini berhadapan dengan tempat letak kereta dan jalanraya. Tempat ini paling meriah pada sebelah malam, apabila orang tempatan datang untuk makan angin dan bersiar-siar di laman persisiran pantai.
Medan Selera Laman Brasmana, Kuala Perlis. (30 Julai, 2016)
Meja penjaja di Medan Selera Laman Brasmana. Jauh di kaki langit kelihatan Langkawi. (30 Julai, 2016)