Festive Feast - Tok Wan 101 Recipes adalah bufet Ramadan dari Vistana Penang Bukit Jambul untuk 2017. Bufet ini meraikan resipi tradisi dari Tok Wan (nenek dalam loghat Melayu Pahang). Ia merangkumi sejumlah 101 hidangan yang berasal dari rumahtangga kakitangan Vistana sendiri.
Festive Feast - Tok Wan 101 Recipes akan diadakan dari 29 hingga 24 Jun, 2017. Harga bufet ini adalah RM70net untuk orang dewasa, dan RM30net untuk kanak-kanak berumur 4-12. Harganya termasuk 6% GST. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi Vistana Penang Bukit Jambul pada talian +60 4 646 8000.
Tinjauan Festive Feast - Tok Wan 101 Recipes
Saya dan isteri saya telah berpeluang menikmati bufet Festive Feast - Tok Wan 101 Recipes atas jemputan Vistana Penang Bukit Jambul ke tinjauan bufet ini pada 23 Mei, 2017. Ia diadakan di Dewan Besar (Grand Ballroom) hotel tersebut. Sepatutnya bufet ini bermula pada 6:30pm. Oleh itu, kami terasa mungkin dah sampai awal sedikit, apabila kami tiba di hotel pada 6:10pm. Tetapi tidak. Pada masa itu pun, sudah ramai tetamu yang datang lebih awal daripada kami, dan ada yang sudahpun mula makan. Oleh itu, kami pun cepat-cepat menangkap gambar setiap hidangan sebelum ia diusik.
Bilangan hidangan dalam bufet ini sungguh menakjubkan. Tak syaklah digelar Jamuan 101 Resipi! Pelbagai jenis hidangan mengisi ruang foyer Dewan Besar, dan ada pula yang mengisi ruang di luar foyer.
Saya sungguh kagum dengan jenbis makanan yang terdapat di bufet ini, memandangkan harganya hanya RM70net seorang. Lagipun, sesiapa yang menempah awal akan mendapat diskaun tambahan.
Hidangan-hidangan ini diletakkan pada gerai-gerai berasingan di seluruh foyer. Hidangan utama memenuhi bahagian tengah foyer. Di sebelah dinding pula, saya nampal pelbagai jenis kuih-muih, minuman, ulam, kerabu, sos, manisan dan juga kerang. Di bahagian tepi tingkap pula, terdapat murtabak, laksa, roti dan ais kacang, antara lain. Di luar foyer pula, diletakkan hidangan panggang, termasuk satay, kambing panggang, ikan panggang, dan lain-lain lagi.
Antara hidangan utama pada bufet ini termasuk daging rendang, ikan cencaru belah belakang, ayam goreng berempah, rendang itik, gulai daging dan siput belitung masak lemak cili padi. Di gerai pencuci mulut pula terdapat kuih berwarna-warni, termasuk onde-onde, seri muka, ketayap, kuih lapis, kuih loyang dan kuih cara, tak terlupa juga kek, puding dan mousse.
Selain makanan yang enak-enak, Hotel Vistana Penang Bukit Jambul juga menyediakan hiburan untuk mendondangkan para tetamu. Ia merupakan satu malam yang sungguh meriah, dan kami berdua makan dengan begitu seronoknya. Saya dan isteri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Vistana Penang Bukit Jambul kerana memberi kami peluang untuk menikmati bufet ini.
Saya bersama Encik Wayne Lee (kanan), Pengurus Besar Vistana Penang Bukit Jambul, bersama Ketua Chef Lee Kim Sheng. (23 Mei, 2017)
Daging Rendang Tok. (23 Mei, 2017)
Ikan Keli Goreng Berempah. (23 Mei, 2017)
Pucuk Paku Masak Lemak Kuning. (23 Mei, 2017)
Serunding Ayam. (23 Mei, 2017)
Ramuan untuk menyediakan laksa anda sendiri. (23 Mei, 2017)