2PM Lounge adalah sebuah ruang istirehat di G Hotel Kelawai. Ia berada terus di hadapan dari pintu masuk hotel, dan merupakan sesuatu tempat yang memancarkan keanggunan tenang. 2PM Loung diberi nama demikian kerana ia hanya dibuka dari 2:00pm setiap hari, sehingga 10:30pm, dan merupakan sesuatu tempat yang amat sesuai untuk sarapan teh petang.
Atas sebab itu, G Hotel Kelawai dengan bangganya telah memulakan pakej Gathering, suatu pakej penemuan untuk ahli-ahli keluarga, rakan-taulan dan juga untuk syarikat yang memerlukan tempat untuk meraikan sesuatu. Tempat ini sesuai untuk mereka yang memerlukan suasana mewah.
Gathering diberi harga RM38nett setiap seorang, dan para tetamu dihidangkan kopi dan teh bersama tiga jenis makanan ringan jenis savoury atau manis. Antara hidangan savoury termasuk Fish Finger dilapis Tepung Roti dengan Mayo Wasabi, Quiche Lorraine, Pi Ayam Mini dan Chicken Boxing manakala hidangan manis termasuk Élair Coklat dengan Krim Pastri, Buah-buahan Dilidi dengan Celupan Coklat, Brownie Coklat dan Tart Berbuah Mini.
Sebagai alternatif, tetamu juga boleh menempah ruang Gathering untuk Bufet Malam Antarabangsa. Ini boleh diadakan di 2PM Lounge dan juga di Beyond Gravity. Harganya RM100nett setiap seorang. Bufet ini menawarkan pelbagai hidangan termasuk salad bar, tapas, pembuka selera, compound salad, sup, hidangan panas dan pencuci mulut.
Tempahan
Hubungi 2PM Lounge pada 04 219 0000 atau layari www.ghotel.com.my
Bahagian dalam 2PM Lounge, G Hotel Kelawai (21 February, 2015)
2PM Lounge, G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Bahagian luar 2PM Lounge, G Hotel Kelawai (21 February, 2015)
Quiche Lorraine yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Chicken Boxing yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Mini Tandoori Brochette yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Kek Keju Mini dan Pudding Mangga yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Tart Berbuah Mini yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Pi Ayam Mini yang dihidangkan di G Hotel Kelawai (1 Mac, 2017)
Danson Khaw, Penolong Pengurus Cawangan menyalakan lilin hiasan meja di 2PM Lounge. (1 Mac, 2017)
Gambar berkumpulan bersama pasukan G Hotel team (1 Mac, 2017)