Akuarium Tunku Abdul Rahman, yang juga dipanggil Akuarium Pulau Pinang, ialah satu tarikan pelancong di Batu Maung. Nama rasminya ialan Akuarium Institut Jabatan Penyelidikan Perikanan. Akuarium bersaiz sederhana ini terletak dalam kompleks Institute Penyelidikan Perikanan di Batu Maung, pada sebelah tenggara Pulau Pinang.
Akuarium ini mempunyai 25 tangki untuk mempamerkan pelbagai jenis hidupan laut, terutamanya yang terdapat di laut tempatan. Antara ikan yang didapati di sini termasuk lion fish, boxfish, belut moray, tangs, surgeon fish, cat sharks, stone fish, angel fish, blue spotted stingray, fox face fish, parrot fish, squirrel fish, damsels, bivalves dan lain-lain lagi. Tangki yang paling besar di sini berukuran 15 kaki dengan 10 kaki dan berisi ikan-ikan besar seperti snappers, tudung periuk dan nyior nyior.
Satu daripada tangki bulat di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Akuarium Tunku Abdul Rahman diberi nama sempena Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau yang merasmikan pembukaan akuarium ini pada tahun 1968. Pada asalnya, akuarium ini terletak di Jalan Akuarium di Gelugor. Kerosakan struktur kepada bangunan asal telah memaksa penutupan akuarium pada tahun 1982. Lebih satu dekad berlalu sebelum akuarium ini buka semula, di Batu Maung pada tahun 1996, dan diberi nama Akuatorium. Akuatorium bertumpu kepada pameran hidupan laut dan ekosistem batu karang.
Akuarium ini ditutup sekali lagi pada June 2013 untuk kerja-kerja menaik taraf. Ia dibuka kembali secara rasminya pada 15hb Ogos, 2014, oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas-Tani, Dato' Sri Ismail bin Sabri.
Saya dan isteri di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Lawatan saya ke Akuarium Tunku Abdul Rahman
Saya telah melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman pada 12hb Disember, 2015. Saya telah mendengar bahawa ia sudah dibuka kembali dan berminat kembali melawatnya, memandangkan lawatan saya yang sebelumnya sudah beberapa tahun yang lepas. Apabila saya masih kecil, saya amat cenderung melawat akuarium ini semasa ia berada di Gelugor. Tetapi, apabila ia dibuka buat kali pertama di Batu Maung, saya dapati akuarium ini kurang mengkagumkan saya.
Kali ini, saya berasa lebih berpuas hati atas kerja-kerja menaik taraf yang telah dijalankan. Tidak mungkin dapat saya bandingkan akuarium ini dengan akuarium yang lebih besar, sepertimana terdapat di Langkawi dan Singapura, tetapi bagi sebuah akuarium yang dikelolakan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, ia memang komprehensif dan penuh bermaklumat. Syabas kepada mereka yang menaiktaraf akuarium ini. Bayaran masuk juga hanya RM5 untuk orang dewasa, jauh lebih rendah dari bayaran untuk akuarium yang lebih besar.
Bahagian pertama akuarium ini mengandungi tangki berisi ikan rantau ini. Terdapat tangki berbentuk silinder di tengah dewan pameran. Satu daripadanya mengandungi udang karang. Terdapat papan tanda menerangkan jenis ikan, nama saintifik dan genus, termasuk penyebarannya di dunia.
Antara tarikan pelawat ke akuarium ini adalah tangki kuda laut and obor-obor. Terdapat juga pameran ketam kelapa, tetapi sayang, buka ketam yang hidup. Terdapat juga tangki berisi ikan hiasan seperti ikan cakera dan ikan emas.
Kawasan pameran di luar juga tidak kurang menarik. Di sini terdapat sebuah rangka ikan paus Bryde. Ikan paus ini dijumpai terdampar di Pantai Pulau Sayak, di Kedah, pada 9hb February, 2011.
Kuda laut di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Seekor clownfish bersama buran di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Ikan cakera di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Seekor lagi ikan cakera Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Sekumpulan ikan yang sama-sama menghadap ke atas. (12 December, 2015)
Para pelawat di akuarium. (12 December, 2015)
Pelawat ke Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Seekor udang karang di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Seekor ketam kelapa di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Penyu di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Batu karang di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Udang berwarna-warni di dasar laut di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Obor-obor di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Ikan jerung di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Pameran luar di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Kolam ikan koi di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 December, 2015)
Tangki penyu. Terdapat papan tanda memberi amaran bahawa penyu menggigit. (12 December, 2015)
Penyu di Akuarium Tunku Abdul Rahman. (12 December, 2015)
Tuntung di Akuarium Tunku Abdul Rahman. (12 December, 2015)
Kura-kura yang sedang berehat di Akuarium Tunku Abdul Rahman. (12 December, 2015)
Apabila kami melangkah masuk ke Akuarium Tunku Abdul Rahman, gambar foto kami telah ditangkap. Bila tiba masa pulang, foto kami sudah siap untuk dibeli. Saya biasanya tidak membeli foto kenangan, tetapi, memandangkan betapi elok foto kami dibikin, kami pun membelinya sebagai kenangan lawatan ini.
Saya dan isteri bersama gambar foto kenangan lawatan di pintu masuk Akuarium Tunku Abdul Rahman. (12 December, 2015)
Melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman
Akuarium Tunku Abdul Rahman dibuka setiap hari kecuali hari Rabu. Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak di bawah umur 12. Pelajar yang datang dalam rombongan sekolah bayar RM1.50 setiap seorang.
Contact
Institut Penyelidikan Perikanan
11960 Batu Maung, Penang.
Phone: 626 3925/6
Ikan clownfish dan buran di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)
Update berkenaan Akuarium Tunku Abdul Rahman
28 Julai 2011: Ikan Araipama Gigas, seekor ikan gergasi akuarium ini, telah mati apabila diedarkan ke tangki baru. Sekarang terdapat kolam air masin dengan empat ekor penyu. Penyu ini boleh menggigit. Seekor memerang liar telah mencuri masuk ke kolam akuarium dan makan ikan kap Jepun di sana. Kakitangan akuarium ini berusaha memastikan akuarium terus berfungsi dengan menambahkan ikan yang baru kepadanya.
Almari pamer di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)
Karang lembut di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)
Karang pendarfluor di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)
Maklumat Melawat
Perhentian bas terdekat adalah di Jalan Batu Maung. Bas Rapid Penang302 and 307 berhenti di sana.
Akuarium Tunku Abdul Rahman adalah dalam peta Batu Maung
Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)
Hidupan laut di Akuarium Tunku Abdul Rahman (12 March, 2005)