Batu Ferringhi (GPS: 5.47295, 100.24735), (Chinese: 峇都丁宜, Pinyin: Bādōu Dīngyí) adalah kawasan pantai utara Pulau Pinang yang masyhur sebagai tempat pelancongan. Antara tahun 1970-an hingga 1990-an, Batu Ferringhi telah pesat membangun dengan dibinanya beberapa hotel yang besar di sana. Kemudian daripada itu, tiba pula pembinaan kondominium mewah yang semakin melangit tingginya. Dari persisiran pantai Batu Ferringhi, anda dapat menikmati pemandangan laut yang indah, dan apabila cuaca baik, anda dapat melihat Gunung Jerai dari jauh.
Perkataan Ferringhi, yang juga dieja Ferringhi dan Ferringhi, dikatakah istilah Melayu untuk orang berketurunan Portugis, yang lambat laun digunakan untuk merujuk kepada Orang Barat pada keseluruhannya. Namun begitu, perkataan ini bukannya unik kepada Bahasa Melayu sahaja.
Lokasi tempat di Batu Ferringhi dalam peta
Hotel di Batu Ferringhi
Batu Ferringhi mempunyai banyak hotel, termasuk hotel berjenama antarabangsa.
Ada kemungkinan besar yang perkataan "Ferringhi" berasal dari Bahasa Arab, oleh sebab perkataan feringgi boleh didapati dalam pelbagai bentuk sejauh Ethiopia dengan membawa erti orang asing berbangsa Barat. Perkataan ini telah berubah kepada "farang" dalam Bahasa Thai, di mana ia juga membawa erti orang asing berbangsa Barat. Oleh itu, nama Batu Ferringhi berkemungkinan membawa erti batu di mana orang asing berbangsa barat teleh mendarat. Boleh dikatakan kalau maknanya tepat, ia merupakan nama yang sesuai.
Terdapat juga batu yang memberi namanya kepada Batu Ferringhi, dan batu itu dipercayai longgokan pulau kecil yang hari ini digelar Lovers' Isle atau "Pulau Kekasih". Pulau kecil ini dahulunya dipanggil Ujong Batu, tetapi telah mendapat nama Lovers' Isle sejak pertengahan abad ke-20, walaupun nama itu sudah semakin dilupakan menjelang abad ke-21.
Pantai sepanjang Batu Ferringhi indah, dengan batu-batan yang besar. Pada hari minggu, anda akan mendapati orang tempatan pergi berkelah dan memancing ikan. Malangnya air laut di sini tidak berapa sesuai untuk berenang, sebab ia tidak cukup bersih, dan terdapat obor-obor.
Batu Ferringhi merupakan kawasan peranginan pantai yang pertama untuk Pulau Pinang. Ia menjadi suatu tempat yang agak meriah pada sebelah malam. Terdapat banyak hotel dan resort yang menawarkan pelbagai bentuk penginapan. Di Batu Ferringhi, anda boleh pergi bermain sukan air atau menunggang kuda di sepanjang pantai. Selain itu, anda boleh mengunjungi pasar malam yang muncul setiap malam. Terdapat banyak restoran menawarkan pelbagai jenis makanan mengikut citarasa tempatan dan yang asing.