Beyond Gravity, G Hotel KelawaiSaya di Beyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)


English

Beyond Gravity adalah ruang alfresco di bahagian bumbung G Hotel Kelawai. Tempat ini dibuka hanya untuk perhimpunan persendirian. Ia berada di atas tingkat 24 hotel tersebut. Dari ini, tetamu dapat menikmati pemandangan indah latar langit bandaraya George Town, dari laut sampailah ke Bukit Bendera.

Beyond Gravity amat sesuai sebagai tempat bertemu bual untuk rakan-taulan, saudara mara dan juga untuk aktiviti perniagaan. Oleh itu, G Hotel Kelawai telah menawarkan tempat ini untuk pakej Gathering dengan Bufet Malam Antarabangsa. Bufet ini diberi harga RM100nett, dan adalah sesuai untuk majlis harijadi, perayaan ulangtahun dan apa-apa sambutan yang anda ingin adakan, dengan langit di atas dan bandaraya George Town tersergam indah di bawah.

Menu Bufet Antarabangsa di Beyond Gravity menawarkan salad bar, tapas, pembuka selera, compound salad, sup, hidangan panas dan pencuci mulut. Antara item pada salad termasuk Iceberg Lettuce, Red Chicory, Lolo Rosso, Tomato dan pelbagai jenis dressings. Antara tapas yang ada termasuk Popiah Goreng, Tempura Udang, Chicken Boxing, Samosa Sayur, Karipap Kentang dan Gelang Sotong. Hidangan panas termasuk sayur-sayuran, kentang, pasta, mee, telur, ayam, udang, kambing dan nasi. Jamuan diselesaikan dengan hidangan pencuci mulut, buah-buahan- puding mangga, mousse strawberi, kek pandan, kuih Nyonya, dan juga bubur kacang merah ataupun bubur kacang hijau.

Pemandangan di Beyond Gravity sungguh menakjubkan pada waktu malam, apabila cahaya lampu serata bandaraya telah dinyalakan, dan ruang istirehat juga diterangi cahaya berwarna-warni.

Oleh sebab Beyond Gravity terdedah kepada keadaan cuaca, pada hari apabila cuaca tidak memuaskan, tetamu boleh menggunakan 2PM Lounge untuk sambutan mereka.

Beyond Gravity, G Hotel KelawaiBeyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)


Beyond Gravity, G Hotel KelawaiSaya di Beyond Gravity, G Hotel Kelawai (1 March, 2017)

Reservations

Contact 2PM Lounge at 04 219 0000 or visit www.ghotel.com.my

G Hotel Kelawai main page


Maklumat

Senarai Restoran di Pulau Pinang dan Restoran di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.