Bordeaux Rendez-Vous adalah sebuah jamuan menikmati wain yang dianjurkan oleh syarikat wain Maison Barrière. Ia tempat di mana wakil daripada ladang-pengilang wain yang terkemuka di Bordeaux, Perancis, dapat memperkenalkan wain mereka kepada peminat dan pencinta wain di rantau Asia Tenggara. Acara yang penuh prestij ini telah diadakan di Feringgi Grill, di Rasa Sayang Resort, pada 6hb Mac, 2017, atas kerjasama syarikat pemasaran The Wine Shop.
Sarapan malam itu adalah berbentuk semi-buffet dengan hidangan yang dicipta khas oleh Executive Chef Thibaut Pouplard. Ia terdiri daripada dua hidangan. Yang pertama merupakan Kekapis dengan Bunga Kobis Berkaramel, Caper dan Raisin Emulsion. Ini diikuti dengan pilihan satu daripada dua hidangan, sama ada Daging Kambing Panggang dengan Ricotta, Bawang Putih dan Pudina, atau Daging Lembu Rib-eye bersama Puri Kentang, Bayam dan Kacang Pistachio.
Selain dua hidangan ini, para tetamu boleh menjamu selera dengan pelbagai pembuka selera seperti Foie Gras Terrine, Salad Daging Itik, Broiche Buatan Rumah dan Roti Doh Masam. Pada tempat yang berlainan pula, hidangan salad memenuhi sebuah meja panjang yang dihias dengan rumput tiruan, untuk memaparkan suasana desa. Dan di sebelah stor wain terdapat kaunter dengan pelbagai jenis keju.
Bersebelahan dengan meja utama ialah hidangan makanan laut. Di sini terdapat beberapa hidangan Jepun seperti sushi dan sashimi, selain makanan laut yang lain seperti kekapis, udang dan ketam. Setelah wakil pengilang wain diberi taklimat oleh pengurus residensi, kami pun bergaul sesama sendiri, dan mencuba beberapa jenis wain yang disediakan.
Wakil pembikin wain akan datang ke setiap meja untuk memperkenalkan wain keluaran ladang masing-masing, agar kami dapat mencubanya. Pada malam itu, saya telah berkongsi meja dengan Monsieur Matthieu Bordes, wakil dari ladang Château Lagrange, satu-satunya pembuat wain yang paling besar di Bordeaux. Bertentangan daripada saya pula duduk Tunku Suleiman, Pengarah Komunikasi untuk Rasa Sayang Resort. Beliaulah yang telah menjemput saya dan isteri saya ke jamuan malam ini.
Juga pada meja yang sama dengan kami ialah Monsieur Lucas Leclercq yang mewakili Château Lafon-Rochet dan Madame Laure Bastard yang mewakili Château Giscours dan Château du Tertre. Juga pada meja yang sama dengan kami ialah blogger terkenal CK Lam dan suaminya, yang baru kali pertama saya berjumpa pada malam itu (tetapi dua hari kemudian akan bertemu dengan dia sekali lagi!)
Saya dan isteri saya berasa amat seronok dapat mengambil bahagian pada Bordeaux Rendez-Vous dan menikmati pelbagai jenis wain yang dihidangkan. Ini kali pertama saya hadiri jamuan sebegini, dan pada mulanya kami terasa kekok sedikit, tetapi lambat laun semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri di kalangan peminat wain.
Ladang anggur Bordeaux yang menyertai Bordeaux Rendez-Vous