Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Iftar Ramadhan 2017 Cititel Penang

Ramadhan Iftar Buffet at Cititel PenangRamadhan Iftar Buffet at Cititel Penang (19 Mei, 2017)


English

Hotel Cititel Penang telah melancarkan Bufet Iftar Ramadhannya untuk 2017. Bufet ini berlangsung di Main Street Café, dan akan diadakan dari Hari Isnin hingga Hari Khamis, 12hb hingga 15hb June, dan 19hb hingga 22hb Jun, 2017. Bufet ini bermula apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka puasa, iaitu lebih kurang pukul 7:00pm hingga ke 10:00pm. Harga bufet adalah RM80net (dewasa), RM40net (kanak-kanak) and RM56net (warga emas melebihi 55 tahun).

Tempahan

Tempahan untuk Bufet Iftar Ramadhan Cititel Penang boleh dibuat dengan menghubungi hotel tersebut pada talian 04 291 1128 (24 jam) atau emel fnb@cititelpenang.com.

Menu Bufet Ramadhan Iftar Cititel Penang

Berikut menu (dalam bentuk PDF) untuk bufet Ramadhan Iftar Cititel Penang.

- Menu Hari Isnin
- Menu Hari Selasa
- Menu Hari Rabu
- Menu Hari Khamis
- Menu A Hari Jumaat Ramadhan & Masakan Jepun
- Menu B Hari Jumaat
- Menu A Hari Sabtu
- Menu B Hari Sabtu
- Menu A Hari Ahad
- Menu B Hari Ahad
- Menu Bufet Tengahari Aidil Fitri Hari 1
- Menu Bufet Malam Aidil Fitri Hari 1

Tinjauan Bufet Iftar Ramadhan Hotel Cititel Penang

Saya dan isteri saya telah berpeluang meninjau Bufet Iftar Ramadhan atas jemputan Hotel Cititel Penang ke Main Street Café pada 19hb Mei, 2017. Kami turut disertai ahli-ahli dari media cetak dan sosial yang lain. Kami menjadi selera bersama hos kami, Pengurus Komunikasi Hotel Cititel Penang, Cik Karen Chee.

Untuk memberikan kami tinjauan meluas hidangan yang akan didapati pada Bufet Iftar Ramadhannya, pasukan Main Street Café telah menyediakan satu pilihan masakan yang disusun dengan begitu kemas. Antara masakan yang akan didapati di bufet ini termasuk ulam-ulaman, kerabu, acar dan pasembur. Satu lagi pembuka selera yang amat terkenal buat Hotel Cititel Penang ialah Rojak Pulau Pinangnya. Rojak ini terkenal di Cititel Penang sebab sos rojak di sini amat pekat dan sungguh menyelerakan. Setiap kali saya ke Cititel Penang, saya pasti akan menikmati satu hidangan rojaknya.

Hidangan utama Bufet Iftar Ramadhan ini ialah Kambing Kuzi yang diiringi Nasi Briyani. Juga disediakan adalah pelbagai masakan Melayu kegemaran ramai, termasuk daging rendang, lala masak pedas, kobis goreng kunyit, dan banyak lagi. Kami dimaklumkan yang menu untuk bufet ini bertukar setiap hari dalam seminggu. Oleh itu, jika anda mengunjungi Cititel Penang berulangkali dari Hari Isnin hingga ke Hari Khamis, 12hb hingga 15hb Jun dan 19hb hingga 22hb Jun, anda dapat menikmati hidangan yang berbeza-beza.

Selain hidangan utama, terdapat juga pelbagai jenis pembuka selera, salat, jeruk, sup, dan tentu sekali, satay ayam dan daging bersama ketupat. Apabila dah puas, kami terus ke pilihan pencuci mulut termasuk pelbagai juadah dan kuih muih, termasuk juga bubur kacang hijau, kek dan puding.

Saya dan isteri saya bersama-sama amat berpuas dengan Bufet Iftar Ramadhan di Cititel Penang dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada hotel ini kerana sudi mempelawa kami meninjaunya.

Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangBufet Iftar Ramadhan di Cititel Penang (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangSajian Ramadhan di Cititel Penang (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangKambing Kuzi bersama Nasi Briyani. (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangSup Gearbox. (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangKek dan kuih-muih yang enak-enak belaka. (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangInipun pinggan saya, dengan pelbagai hidangan dari bufet ini. (19 Mei, 2017)


Bufet Iftar Ramadhan di Cititel PenangSaya bersama blogger yang lain diiringi pasukan dari Ramadhan Iftar Buffet dengan bangganya melancarkan Bufet Iftar Ramadhan! (19 Mei, 2017)


Kembali ke laman utama Cititel Penang


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang and Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.