Galeri Warisan Pulau Pinang (GPS: 5.42204, 100.33124) adalah sebuah galeri di George Town, Pulau Pinang. Ia menduduki tingkat bawah Bangunan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang, di simpang antara Jalan Sri Bahari dengan Jalan Transfer.
Galeri Warisan Pulau Pinang mempamerkan suatu koleksi majmuk yang mencerminkan warisan pelbagai kaum di negeri tersebut. Pameran ini tidak mengikut sebarang susunan kronologi, tetapi cuma sebarang objek yang berciri warisan.
Galeri Warisan Pulau Pinang dibuka dari hari Isnin hingga hari Khamis dari 9:00 am hingga 4:45 pm, dan pada hari Jumaat dari 9:00 am hingga 12:15 pm, dan dari 2:45 pm hingga 4:45 pm. Ia ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti am. Masuk adalah percuma.
Barangan tembikar Cina dipamerkan di Galeri Warisan Pulau Pinang. (19 Jun, 2017)
Alat muzik yang dipamerkan di Galeri Warisan Pulau Pinang. (19 Jun, 2017)
Barangan logam dipamerkan di Galeri Warisan Pulau Pinang. (19 Jun, 2017)
Sebuah bekas logan yang dibentuk merupa seekor kura-kura. (19 Jun, 2017)
Pelbagai artifak yang dipamerkan. (19 Jun, 2017)
Galeri Warisan Pulau Pinang pada Google Maps Street View
(Nov 2015)
Alamat
Galeri Warisan Pulau Pinang
Bangunan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang,
70, Jalan Sri Bahari,
10050 Penang.
Telefon: +60 4 263 5048