Garden Cafe adalah restoran utama di Golden Sands Resort. Ia terletak di tepi lobi. Inilah tempatnya tetamu hotel mendapat sarapan pagi mereka. Kafe ini juga menawarkan bufet pada waktu petang.
Bufet di Garden Cafe
Mac, 2017 Terdapat Bufet Antarabangsa pada hari Isnin dan Selasa (RM88 net), Bufet Oodles of Noodles pada hari Rabu (RM88 net), Bufet "Around the World" pada hari Khamis (RM98 net), Bufet From the Ocean pada hari Sabtu (RM128net) dan sarapan tengahari Splash Sunday Lunch pada hari Ahad (RM69net makanan sahaja, RM89nett makanan dan kolam renang, tambah RM20 net untuk masuk Adventure Zone). Selain Splash Sunday Lunch (12:00 tengahari ke 3:00pm), setiap bufet waktu petang adalah dari 6:00pm hingga 10:00pm. Kanak-kanak makan percuma manakala warga emas nikmati diskaun 40%.