Guan Hoe Co. (PG) Sdn Bhd (GPS: 5.41941, 100.32477) adalah sebuah pengedar motosikal di Pulau Pinang. Ia menduduki Bangunan Guan Hoe, sebuah bangunan tiga tingkat (dengan satu tingkat mezanin) di Lorong Abu Siti, di George Town. Guan Hoe mula-mulanya diasaskan di Singapura, dan berkembang ke Pulau Pinang sejak 1950, apabila seorang anak lelaki pengasas, Encik Teo Choo Bee, berpindah dari Singapura ke Pulau Pinang, dan mengasaskan suatu perniagaan menjual basikal dan alat ganti untuk kereta, lori dan bas berjenama Austin dan Bedford. Oleh sebab itu, boleh dikatakan yang Encik Teo Choo Bee adalah pengasas Guan Hoe di Pulau Pinang.
Dengan sejarahnya yang begitu panjang, Guan Hoe telah merentas beberapa cabaran tetapi terus beroperasi hingga hari ini. Tahap kegemilangan tercapai apabila syarikat ini berjaya memperoleh francais untuk motosikal Suzuki. Ini berlaku apabila Choo Bee melawat Jepun untuk berunding dengan Suzuki, dan hasil rundingan tersebut, Guan Hoe memperoleh hak untuk mengimpot motosikal CBU (pasang lengkap) daripada Jepun. Kumpulan Guan Hoe telah memberi sebuah kilang di Perai. Buat suatu ketika, nama syarikat ini seerti nama motosikal yang dijualnya, dan sering digelar Guan Hoe Suzuki. Malangnya, seorang daripada rakan niaga syarikat ini mengalami kesusahan, dan untuk menyelamatkannya, syarikat Guan Hoe terpaksa menjual francais Suzukinya, yang dibeli oleh Lion Group. Sejak ini, Guan Hoe menjadi pengedar motosikal Suzuki.
Pada tahun 1989, Guan Hoe telah memperoleh perjanjian wakil jualan untuk motosikal Yamaha. Sejak masa itu, perniagaan pengedaran jenama Yamaha telah berkembang menjadi urusniaga utama buat syarikat ini, dan pada hari ini, Guan Hoe menjual bukan sahaja motosikal tetapi juga pelbagai jenis aksesori yang berjenama Yamaha.
Pengarah Guan Hoe Co. (PG) buat masa kni ialah Encik Mr Teo Ee Siew, iaitu anak lelaki kedua Encik Teo Choo Bee. Dia telah dipelawa oleh ayahnya untuk mengambil alih perniagaan itu, dan setelah setahun mempertimbangkan perkara itu barulah dia menerima tawaran ayahnya. Beliau pun bekerja bersama ayahnya sehingga beliau bersara beberapa tahun yang lalu.
Guan Hoe Co. kekal sehingga hari ini, dan dengan peredaran masa, menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Yang paling mencabarkan masa ini adalah kesukaran untuk mendapat tenaga kerja. Walaupun terdapat beberapa pekerja baru, ramai antara pekerja Guan Hoe telah berkhidmat bersama syarikat itu untuk beberapa dekad. Syarika itu juga melihat evolusi dalam demografi pembeli, dengan kebanyakan pembeli motosikal masa ini datangnya dari kalangan belia Melayu.
Saya berpeluang bertemu Encik Teo Ee Siew di syarikatnya dan buat pertama kali, saya meneroka sebuah syarikat pengedaran motosikal. Encik Teo telah membawa saya masuk untuk meninjau bangunannya. Kami memanjat tangga ke setiap tingat. Dan pada setiap tingkat, saya nampak rak demi rak penuh dengan alat ganti motosikal. Saya agak terperanjat melihat begitu banyak alat ganti duduk di rak menunggu pembeli.
Di belakang bangunan Guan Hoe terdapat sebuah lif beban yang digunakan untuk mengangkat kotak alat ganti ke tingkat yang betul. Melawat syarikat Guan Hoe telah membuka mata saya kepada cabaran menjalankan perniagaan pengedar motosikal, dan saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Teo kerana sudi berjumpa saya dan menunjukkan bisnesnya kepada saya.