Hotel Ixora telah melancarkan bufet Ramadannya. Tema bufet tahun ini ialah Sinaran Ramadan. Ia menawarkan pelbagai hidangan untuk membuka selera sarapan Iftar. Bufet ini diadakan di tempat makan utama hotel tersebut, iaitu The Straits Cafe, dan berlangsung dari 1hb hingga 21hb Jun, 2017, antara 7:00pm dengan 10:00pm. Bufet ini membawa harga RM75 bersih untuk orang dewasa dan RM48 bersih untuk kanak-kanak berumur 4-12. Selain itu, terdapat cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah termasuk motosikal, television skrin rata dan pembersih udara.
Tempahan
Untuk membuat tempahan bagi bufet Sinaran Ramadan Hotel Ixora, sila hubungi hotel tersebut pada talian +60 4 382 8888, emel info@ixorahotel.com atau layari laman web www.ixorahotel.com.
Saya dan isteri saya di Bufet Sinaran Ramadan Hotel Ixora Penang. (3 Jun, 2017)
Tinjauan Bufet Sinaran Ramadan
Saya dan isteri saya amat bangga berpeluang menikmati Bufet Sinaran Ramadan atas jemputan Hotel Ixora pada 3hb Jun, 2017. Ini merupakan kali pertama kami berkunjung ke hotel ini. Kami telah tiba agak awal, apabila bufet tersebut tengah disiapkan. Oleh itu, kami pun duduk di lobi seketika sementara menunggu rakan-rakan blogger kami yang lain tiba. Kemudian kami masuk ke Straits Cafe bersama-sama, di mana kami diterima dengan mesranya oleh Eksekutif Pasaran hotel tersebut, Cik Shawn Leong.
Hidangan Iftar Ramadan disajikan pada meja-meja meliputi seluruh dewan makan. Banyaknya hidangan yang enak di sini. Ia dikumpulkan mengikut jenis. Ulam-ulaman dan kerabu dihimpunkan dekat pintu masuk, bersama sos dan sambal, dan disebelah bertentangannya, terdapat berjenis-jenis minuman. Jauh sedikit, terdapat hidangan utama, dan di bahagian dewan yang satu lagi, didapati berjenis-jenis kuih-muih dan juadah, termasuk kek dan puding. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis buah kurma.
Di sebelah luar ruang restoran, terdapat beberapa gerai lagi. Yang utama ialah gerai kambing golek. Masa kami tiba, ia masih tengah dipanggang. Selain itu, terdapat juga gerai untuk ais kacang dan cendol, sebuah gerai mee bandung, sebuah gerai rojak dan juga gerai untuk Bihun Singapura. Terdapat juga ais krim, tetapi masa saya temui gerai ais krim, saya pun sudah terlampau kenyang dan tidak dapat menikmatinya.
Hidangan pada bufet Sinaran Ramadan beraneka jenis dan kebanyakannya sedap-sedap belaka. Alangkah baik kalau perut saya dapat muat lebih! Saya dan isteri saya sungguh seronok menikmati sajian yang terdapat di bufet ini, dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hotel Ixora Penang atas jemputannya kepada kami.
Sambal, Keropok dan Kerabu. (3 Jun, 2017)
Bubur Lambuk Berempah (3 Jun, 2017)
Masak Lemak Citi Api Tauhu dengan Pucuk Paku (3 Jun, 2017)
Telur Kurma (3 Jun, 2017)
Sotong Goreng Kunyit. (3 Jun, 2017)
Siput Lala Berjintan. (3 Jun, 2017)
Kupang. (3 Jun, 2017)
Gulai Ayam Betik Muda. (3 Jun, 2017)
Nasi Lobak Merah. (3 Jun, 2017)
Ais Kacang dan Cendol "Buat Sendiri". (3 Jun, 2017)