Jalan Masjid Negeri, Pulau PinangJalan Masjid Negeri, Pulau Pinang (21 October, 2016)


English

Jalan Masjid Negeri (Bahasa Inggeris: Green Lane; Tulisan Cina: 青草巷; Pinyin: Qīngcǎo xiàng; Bahasa Hokkien Pulau Pinang: Chnae3 Chau1 Hang33 ) adalah antara jalan utama di Pulau Pinang. Hari ini pada asalnya dipanggil Green Lane, dan nama ini masih sering digunakan, walaupun nama rasmi jalan ini telah lama bertukar. Jalan Masjid Negeri adalah satu daripada jalan yang paling sibuk di George Town, walaupun hanya beberapa dekad yang lalu, Jalan Masjid Negeri merupakan jalan desa di pinggir bandar George Town. Apabila bandaraya George Town mula berkembang, kawasan sekitar Jalan Masjid Negeri telah dibangunkan untuk perumahan, dan beberapa sekolah yang besar, termasuk Pulau Pinang Free School, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane, Sekolah Menengah Kebangsaan Heng Ee dan Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown telah dibina di sekitar kawasan ini. Terdapat juga beberapa institusi keagamaan di sini, termasuk Kathedral Holy Spirit, Wat Nai dan Wat Pinbang-Onn.

Lokasi tempat sepanjang Jalan Masjid Negeri dalam peta

Stesen Minyak sepanjang Jalan Masjid Negeri

  1. BHP Jalan Masjid Negeri (GPS: 5.38794, 100.30371)

  2. Caltex Jalan Masjid Negeri (GPS: 5.39516, 100.30281)

  3. Petron Jalan Masjid Negeri (GPS: 5.39313, 100.30302)

  4. Petronas Jalan Masjid Negeri (GPS: 5.3886, 100.30403)

  5. Shell McDonald's Jalan Masjid Negeri (5.40073, 100.30433)

  6. Shell Gembira Parade Jalan Masjid Negeri (GPS: 5.38548, 100.30495)

Kompleks Beli-Belah di Jalan Masjid Negeri

  1. Gembira Parade (GPS: 5.3865, 100.30359)

Perpustakaan di Jalan Masjid Negeri

  1. Perpustakaan Digital Pulau Pinang (GPS: 5.40496, 100.30393)

Masjid di Jalan Masjid Negeri

  1. Masjid Negeri Pulau Pinang (GPS: 5.40667, 100.30149)

Tokong Cina dan Kuil Buddha di Jalan Masjid Negeri

  1. Pusat Meditasi Penganut Buddha Malaysia (GPS: 5.39538, 100.30446)

  2. Tokong Hong Sun Seah (GPS: 5.3854, 100.30279)

  3. Wat Nai (GPS: 5.39577, 100.30405)

  4. Wat Pinbang-Onn (GPS: 5.39416, 100.30378)

Gereja-gereja di Jalan Masjid Negeri

  1. Gereja Trinity Methodist (GPS: 5.4019, 100.3036)

  2. Kathedral Holy Spirit (GPS: 5.39394, 100.30173)

Bangunan Kerajaan di Jalan Masjid Negeri

  1. Kuarters Pegawai Tinggi Pulau Pinang (GPS: 5.39962, 100.30293)

Organisasi yang bertempat di Jalan Masjid Negeri

  1. Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang (GPS: 5.38945, 100.30374)

  2. Persatuan Perempuan Muda Kristian (GPS: 5.40597, 100.30297)

  3. Persatuan Swastika Merah Dunia (GPS: 5.38989, 100.30361)

  4. Rumah Orang-Orang Tua dan Uzur (GPS: 5.39044, 100.30318)

Makam di Jalan Masjid Negeri

Sekolah di the Jalan Masjid Negeri area

  1. Penang Free School (GPS: 5.40316, 100.3052)

  2. SMK Convent Green Lane (GPS: 5.39698, 100.30422)

  3. SMK Chung Hwa Confucian (GPS: 5.39058, 100.30066)

  4. SMK Han Chiang (GPS: 5.40692, 100.30427)

Klinik dan Hospital di Jalan Masjid Negeri

  1. Hospital Lam Wah Ee (GPS: 5.3916, 100.30397)

  2. Hospital Pakar Mata Optimax (GPS: 5.3991, 100.30422)

  3. Klinik Joe Fernandez

  4. Klink Kanak-Kanak & Jantung Sim (GPS: 5.39424, 100.30275)

  5. Pusat Perubatan Carl Corrynton (GPS: 5.40261, 100.3036)

  6. Pusat Perubatan Tropicana (tiada lagi)

Perniagaan di Jalan Masjid Negeri

Hartanah di Jalan Masjid Negeri


Jejambat Jalan Hamilton, dilihat dari Jalan Masjid Negeri (31 Mei, 2012)


Jejantas di depan SMK Convent Green Lane (31 Mei, 2012)

Maklumat Terkini Berkenaan Jalan Masjid Negeri

6 Februari, 2016
The Star melaporkan yang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan memastikan yang hanya segelintir kecil pokok sepanjang Jalan Masjid Negeri yang terlibat dalam usaha memperlebarkan jalan itu. Pada keseluruhannya, 18 pokok pada bahagian hala utara Jalan Masjid Negeri, dari simpang Lorong Batu Lanchang hingga simpang Jalan Air Itam yang terlibat dalam perlebaran jalan dari dua kepada tiga lorong. Menurut pengarah jabatan kejuruteraan MBPP, Encik A. Rajendran, tiada pokok antara Jalan Free School dan Jalan Hamilton Road yang terlibat. Usaha perlebaran jalan dijangka menelan kos RM7.85 juta. Ini termasuk menaiktaraf laluan pejalan kaki, sistem perairan dan lampu jalan.

26 September, 2014
The Star melaporkan yang kerja-kerja naiktaraf Jalan Masjid Negeri pada sebelah Jalan Tunku Kudin telah kelewatan buat kali ketiga, dan dijangka selesai pada awal 2015. Setakat ini, jejambat pusingan-U menghubungkan Jalan Masjid Negeri dengan Jalan Yeap Chor Ee Road masih belum dibina.

1 Disember 2012
The Star melaporkan yang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah bertunduk kepada tuntutan badan-badan bukan kerajaan NGO agar tidak menebang 44 pokok yang terlibat dalam usaha perlebaran jalan, tetapi akan dipindahkan ke tempat lain.

Projek perlebaran Jalan Masjid Negeri Road Widening yang menelan kos RM7.5 juta dilaksanakan untuk menampung kenaikan lalulintas yang dijangka antara 10% dengan 15%, apabila Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka siap pada bulan September 2013.

Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang (23 September, 2012)



Jalan Masjid Negeri, menghala ke selatan (14 April 2009)
30 November 2012
The Star melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berancang untuk menebang atau memindah pokok-pokok sepanjang Jalan Masjid Negeri walaupun menerima bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Menurut timbalan pengarah jabatan kejuruteraan MPPP, Encik A. Rajendran, dua puluh daripada pokok-pokok ini berpenyakit dan merbahayakan pengguna jalan. MPPP akan bercuba untuk menyelamatkan dan memulih semula 44 daripada 88 pokok yang terlibat dalam usaha perlebaran jalan.

Kumpulan NGO yang paling lantang membantah penebangan pokok adalah Persatuan Konsumer Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM). Kedua-duanya telah mengadakan bantahan di Jalan Masjid Negeri pada 28hb Nov 2012. Penasihat MCA Pulau Pinang, Datuk Koay Kar Huah, juga memberi sokongan kepada kedua-dua NGO itu. Sementara itu, MPPP akan mengadakan dialog dengan CAP, SAM dan juga Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Friends of the Penang Botanic Gardens untuk memberi penerangan kepada mereka pada 30hb Nov, 2012.

24 November 2012
The Star melaporkan bahawa Majlis Perbandaraan Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 22hb November, 2012 bahawa pokok-pokok sepanjang 700 meter Jalan Masjid Negeri, dari Bulatan Udini sampai ke stesen minyak Shell akan ditebang untuk perlebaran jalan dan menaik taraf saliran. Seorang pakar pokok (arborist) telah ditugaskan mengenalpasti 80 pokok di situ, dari mana 44 akan dipotong, 20 dipindahkan dan sebakinya dibiarkan di situ. Pokok-pokok yang akan ditebang adalah yang bermasalah, termasuk pokok Semarak Api (Delonix regia), Ara Beringin (Ficus benjamina), Angsana, Ara Jejawi (Ficus microcarpa), dan Jemerlang Laut (Peltophorum pterocarpum). Kesemuanya adalah pokok yang mudah dijumpai.

Sejarah Jalan Masjid Negeri

Pembangunan dijalankan ke atas Jalan Masjid Negeri fasa demi fasa. Pada tahun 1950-an, kuarters kerajaan telah dibina di sekitar Jalan Cheeseman, termasuk juga di sepanjang Jalan Taylor dan Jalan Sir Hussein.

Pada sebelah Penang Free School, jalan-jalan baru juga dibina termasuk Jalan Free School, dan jalan-jalan yang diberi nama sempena guru besar Penang Free School, antaranya Jalan Hamilton, Jalan Pinhorn, Jalan Hargreaves dan Taman Hutchings.


Jalan Masjid Negeri, at the turning to Island Park (14 April 2009)


Kawasan di sebelah selatan Jalan Hamilton diduduki oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane dan juga beberapa wat Buddha. Jalan di kawasan perumahan di belakang mereka semuanya mempunyai perkataan Hijau pada nama mereka. Jalan-jalan ini merupakan antara jalan yang paling awal di Pulau Pinang yang menggunakan nombor pada nama jalan.

Pada tahun 1960-an, kawasn perumahan Island Park dibangunkan sekitar Gereja Holy Spirit dan diberi nama mengikut nama logam, contohnya Mas, Besi, Tembaga dan Gangsa.

Kemudian dibangunkan pula Island Glades, yang sekarang dipanggil Taman Mutiara, walaupun nama itu jarang digunakan. Jalan-jalan di sini diberi nama Delima. In between Island Glades and came a later development, Taman Greenview, in the late 1970's.

Bersebelahan dengan Island ialah kawasan perumahan Batu Lanchang. Hospital Lam Wah Ee berpindah ke sini pada lewat 1970-an. Jalan-jalan di kawasan yang disempadani Lebuhraya Gelugor, Lebuhraya Batu Lanchang dan Jalan Masjid Negeri diberi nama yang menggabungkan kawasan berdekatan, antaranya Batu Green (Batu Lanchang + Green Lane) dan Gelugor Green (Gelugor + Green Lane).

Jalan servis yang selari dengan Jalan Masjid Negeri (23 September, 2012)


Jalan Masjid Negeri berakhir di Bulatan Udini, yang hari ini terdiri daripada jejambat dan laluan bawah. Bulatan ini menandakan had sempadan George Town walaupun sejak 1970-an, kawasan bandar terus berkempbang dan hari ini sudah meliputi seluruh pulau sejauh Teluk Kumbar.

Green Lane ditukar namanya kepada Jalan Masjid Negeri pada lewat 1970-an, selepas siapnya Masjid Negeri Pulau Pinang. Tindakan menukar nama tidak digemari kebanyakan penduduk Pulau Pinang yang gemari gambaran hijau yang diberi oleh nama lamanya. Namun nama "Green Lane" kekal dalam nama pelbagai tempat sepanjang jalan ini, termasuk SMK Convent Green Lane dan Green Lane McDonald's.

Aliran trafik sepanjang Jalan Masjid Negeri telah bertambah dengan pesatnya dalam separuh abad kebelakangan ini. Ia bukan lagi jalan desa. Sekarang Jalan Masjid Negeri berfungsi sebagai satu-satunya jalan pekeliling untuk George Town. Untuk mengawal aliran traffic yang semakin tinggi, beberapa jejambat telah dibina sejak awal 19800an, antaranya Jejambat Jalan Hamilton dan Jejambat Autopont Batu Lanchang. Hujung utara Jalan Masjid Negeri dihubungi kepada Jalan Scotland oleh jejambatmanakala hujung selatannya dengan laluan bawah ke Jalan Tunku Kudin. Usaha terbaru untuk menaik taraf aliran trafik adalah pembinaan jejambat pusingan-U untuk kenderaan dari Jalan Masjid Negeri ke Jalan Yeap Chor Ee. Pembinaan ini bermula pada Disember 2012 dan siap pada tahun 2014.

Jalan Masjid Negeri dekat Jejambat Autopont Batu Lanchang (23 September, 2012)


Jalan Masjid Negeri, di depan SMK Convent Green lane (31 Mei, 2012)


Bagaimana nak pergi ke Jalan Masjid Negeri

Kalau anda datang dari George Town menggunakan pengangkutan awam, naik bas Rapid Pulau Pinang bernombor 102, 206 atau 304 untuk ke Jalan Masjid Negeri.

Senarai Jalan di Pulau Pinang dan Jalan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.