Bangunan pencakar langit di Jalan Sultan Ahmad Shah (21 Dec 2009)
Mengenai Jalan Sultan Ahmad Shah
Kawasan yang hari ini digelar Jalan Sultan Ahmad Shah pada sepanjang sejarahnya dikenali sebagai North Beach. Apabila sebatang jalan dibina di sini, ia diberi nama Northam Road, sempena Northam di Devon, England, yang tiada sebarang kaitan dengan Pulau Pinang kecuali atas sebab ia tempat lahir satu daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang awal. Ia telah ditukar nama kepada Jalan Sultan Ahmad Shah sempena lawatan Sultan Ahmad Shah, selaku Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-7 pada tahun 1982.
Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town (22 Dec 2009)
Jalan Sultan Ahmad Shah merupakan tempat pilihan masyarakat kulit putih pada abad ke-19. Atas sebab itu, orang Cina di Pulau Pinang telah memanggil jalan ini Ang3 Mor3 Lor33 , yang bererti "Jalan Orang Putih", terutamanya bahagian sebelah barat daripada Jalan Transfer. Namun demikian, sejak permulaan abad ke-20, orang kulit putih mula berpindah dari jalan ini untuk menetap di kawasan yang dianggap lebih hijau, meninggalkan Jalan Sultan Ahmad Shah dan Lebuh Light untuk menetap di kawasan Ayer Rajah dan mendirikan rumah di tempat antara Jalan Utama dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
Hartanah Orang Eropah di Lebuh Light dan Jalan Sultan Ahmad Shah yang ditinggalkan mereka telah dibeli oleh towkay Cina yang kemudian mendirikan banglo mewah untuk mempamerkan kekayaan yang baharu dikecapi, lengkap dengan nama rumah yang berunsur Eropah. Pada masa itu, hartanah sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah adalah yang paling diidami mereka yang kaya-raya.
Hari ini beberapa banglo dari masa lampau masih berdiri di Jalan Sultan Ahmad Shah, walaupun pemilik asal sudah lama meninggal dan zaman kegemilangan banglo ini pun sudah lama berlalu. Banglo-banglo ini sering dipaksa berubah wajah untuk menampung kehendak masa kini. Ada yang telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan pencakar langit, tetapi yang terselamat diberi nafas baru dalam pelbagai bentuk komersil.
Pergi ke Jalan Sultan Ahmad Shah
Anda boleh menaiki bas Rapid Penang bernombor 103 dan 104 untuk ke Jalan Sultan Ahmad Shah.
Pemandangan di Jalan Sultan Ahmad Shah. (23 February, 2009)
Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang (2 July, 2014)
Papan sejarah Jalan Sultan Ahmad Shah (3 September 2008)