Jalan Transfer, as seen from Burmah Road (30 November 2008)
Berkenaan Jalan Transfer
Jalan Transfer dibina pada suku ketiga abad ke-19. Ia menyusuri sebatang terusan, yang hari ini tidak lagi jelas kelihatan.
Jalan Transfer diberi nama sempena pemindahan ("transfer" dalam Bahasa Inggeris) pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari Madras ke Singapura pada tahun 1867, dengan lebih autonomi kepada pentadbiran tempatan.
Pada tahun 1950an dan 60an, Jalan Transfer telah menjadi tempat penginapan untuk pelawat ke Pulau Pinang. Pada masa itu, beberapa hotel dibuka di sini, antaranya Hotel Embassy dan Hotel Hong Aun. Walaupun bangunannya masih ada, hotel-hotel tersebut tidak lagi beroperasi dan ada juga yang telah diambilalih dan diubahsuai.
Kedudukan Jalan Transfer di sempadan Tapak Warisan Dunia George Town hari ini menjadikannya lokasi sesuai untuk menginap. Oleh sebab itu, beberapa hotel saiz kecil dan sederhana telah dibuka di sini sejak beberapa tahun yang lepas.
Papan tanda Jalan Transfer (30 November 2008)
Papan tanda lama Jalan Transfer (30 November 2008)
Persimpangan Jalan Transfer dengan Jalan Sultan Ahmad Shah (19 Mac, 2010)