Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah adalah jambatan yang merentangi laut antara Pulau Pinang dengan Seberang Perai. Jambatan 24 kilometer ini sering dipanggil mengikut nama asalnya, Jambatan Kedua Pulau Pinang. Ia dibuka secara rasmi pada jam 12:01am pagi, pada 2hb Mac, 2014. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menamakan jambatan ini sempena Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah ke-28 selaku Yang di-Pertuan Agong of Malaysia. Jambatan ini diberi kod lebuhraya E28.
Bayaran Tol pada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kadar tol menggunakan jambatan ini, pada November, 2016, adalah seperti berikut:
Motosikal: RM1.70
Kereta dan Teksi: RM8.50
Bas: RM26.20
Lori kecil dan sederhana (dengan dua gandar dan sehingga enam roda): RM30.50
Lori besar (dengan tiga atau lebih gandar): RM70.10
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dihias lampu (16 Februari, 2014)
View of the Second Penang Bridge Integrated Toll Plaza, comprising Plaza A and Plaza B.
Second Penang Bridge Toll Plaza, for motorists from Bandar Cassia as well as those who used Plaza B at the Integrated Toll Plaza.
Pelan lokasi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Bagaimana menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Tol hanya dikutip dari pengguna yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari tanah besar ke Pulau Pinang. Tol tidak dikutip untuk laluan dari Pulau Pinang ke Seberang Perai, seperti jugalah dengan Jambatan Pulau Pinang dan perkhidmatan-feri. Apabila jambatan ini baru dibuka, pengguna diberi peluang menggunakannya secara percuma sehingga 31hb Mac, 2014.
Kutipan tol pada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut skim yang mungkin kelihatan rumit, tetapi ada logik disebaliknya. Terdapat dua plaza tol. Yang pertama dipanggil Plaza Tol JSASHMS manakala yang kedua dipanggil Plaza Tol Bandar Cassia.
Kesemua pengguna yang keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan akan masuk Plaza Tol JSAHMS. Ia terdiri daripada dua belah, sebelah kanan dipanggil Plaza A dan sebelah kiri pula Plaza B.
Papan Tanda Plaza Tol JSAHMS (2 Mac 2014)
Anda akan nampak kedua-dua Plaza A dan B dari jauh. Kedua-duanya boleh digunakan untuk sampai ke Pulau Pinang. Anda sepatutnya menuju ke Plaza A, kecuali kalau anda nampak plaza itu sudah sesak. Dengan menggunakan Plaza A, anda melalui hanya satu pintu tol (dengan Plaza B, anda melalui dua). Di Plaza A, tol gabungan untuk penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan dikutip serta tol untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selepas keluar dari Plaza A, anda menuju terus ke jambatan.
Kalau Plaza A sesak, anda boleh pilih untuk menggunakan Plaza B. Di Plaza B, tol dikutip hanya untuk perjalanan pada Lebuhraya Utara-Selatan. Selepas keluar dari plaza ini, anda boleh memandu keluar dari lebuhraya ke Bandar Cassia di Seberang Perai, ataupun meneruskan perjalanan ke Plaza Tol Bandar Cassia. Di Plaza Tol Bandar Cassia, tol dikutip untuk penggunaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Plaza tol ini sebenarnya untuk kegunaan mereka yang masuk jambatan dari Bandar Cassia, tetapi boleh juga digunakan oleh pemandu dari Lebuhraya Utara-Selatan apabila Plaza A sesak.
Pemandu dari Lebuhraya Utara-Selatan yang memilih Plaza B akan melalui dua pintu tol, dan membayar tol berasingan untuk penggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Jambatan, manakala pemandu yang memilih Plaza A membayar tol gabungan untuk kedua-duanya.
Kenderaan menggunakan Plaza Tol JSAHMS but kali pertama. (2 Mac 2014)
Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (2 Mac 2014)
Video explaining how to use the Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, in Malay
Susur keluar untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diberi kod lebuhraya E28. Ia dihubungkan kepada Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Utara (E1) pada Persimpangan Batu Kawan (Exit 157). Dari jambatan, susur keluar ke lebuhraya diberi kod Exit 2800.
Exit 157 dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (2 Mac, 2014)
Papan tanda ke jambatan pada Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (3 December, 2013)
Terdapat dua susur keluar dari jambatan. Yang pertama ialah Exit 2801 (Persimpangan Bandar Cassia) untuk pengguna ke Bandar Cassia, sebuah bandar baru di Batu Kawan. Persimpangan ini terletak antara Plaza Tol JSAHMS dan Plaza Tol Bandar Cassia.
Susur keluar yang kedua ialah Exit 2801 (Persimpangan Batu Maung). Ini adalah persimpangan pada bahagian pulau. Persimpangan Batu Maung yang simpang bentuk-Y ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Hala utara menuju ke George Town, manakala hala selatan ke Batu Maung.
Exit 2802, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (2 Mac, 2014)
Mencuba Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah buat kali pertama
Saya telah mencuba Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sebaik sahaja ia dibuka. Nak gunanya terpaksalah menunggu di tepi jalan. Kami tiba di susur keluar ke jambatan pada 10:30 pm malam 1hb Mac, 2014, dan berbaris pada Exit 157 selama hampir satu setengah jam sebelum jambatan dibuka.
Kemudian tiba pula kesesakan pada Plaza Tol JSAHMS. Dah lepas tengah malam, baru dapat meneruskan perjalanan ke plaza tol, tetapi diseru menggunakan Plaza B kerana Plaza A tidak dibuka. Maksudnya kami terpaksa lalu dua pintu tol. Tetapi, selepas melalui plaza pertama, terpaksa menunggu lagi, kerana pintu tol kedua belum dibuka. Kesemua pengguna tertunggu-tunggu. Ada yang keluar dari kereta dan pergi berjalan-jalan. Lebuhraya semakin sesak, sehinggalah seluruh tempat nampak seperti lautan kereta.
Apabila pintu tol akhirnya dibuka, sudahpun melepasi 1:00 am pagi. Malam itu agak berjerebu. Dalam perjalanan merentasi laut, kesemuanya gelap-gelita kecuali lampu lebuhraya. Rasanya jambatan yang baru itu begitu panjang, dan selepas memandu seketika, rasa agak membosankan. Saya nampak banyak pemandu yang memandu pada lorong kecemasan. Ada pula yang memotong pada lorong itu. Ada yang memecut dan kemudian membrek secara mendadak. Tidak menghairankan kalau berlaku beberapa kemalangan pada malam itu.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ialah sebuah jambatan besar yang sedang (April 2010) dibina di laut saluran selatan Pulau Pinang. Nama asalnya, Jambatan Pulau Pinang Kedua, membawa erti ini adalah jambatan yang kedua antara pulau dan tanah besar, selepas Jambatan Pulau Pinang yang pertama, yang disiapkan pada tahun 1985. Apabila siap, jambatan baru ini akan berukuran 24 kilometer panjang, jauh lebih panjang daripada jambatan pertama, dan merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Exit 2802 (Persimpangan Batu Maung), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (7 Disember, 2013)
Main span untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (30 Jun, 2013)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, tinjauan dekat main span (30 Jun, 2013)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengambil bentuknya. (29 April, 2010)
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibina oleh syarikat China Harbour Engineering Co (CHEC) dengan kerjasama United Engineers Malaysia (UEM Construction Sdn Bhd), anak syarika 100% Khazanah National, cabang pelaburan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan Kos pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dianggarkan antara RM3 hingga RM5 billion (anggaran lebih-kurang RM4.3 billion), dengan sebahagian besarnya menerusi pinjaman daripada kerajaan Republik Rakyat China. Pada 27 April 2010, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Datuk Professor Ismail Mohd Taib, telah menyatakan bahawa kos pembinaan jambatan kedua dijangka kurang daripada RM4.5 billion
Kerja-kerja pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di laut Saluran Selatan (29 April, 2010)
Jeti luar pantai yang dibina oleh CHEC untuk pembinaan Jambatan Kedua (29 April, 2010)
Pelan pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diumumkan pada Ogos 2006 sebagai sebahagian daripada Pelan Malaysia ke-9. Upacara pecahtanah dilakukan oleh Perdana Malaysia Abdullah Ahmad Badawi pada 12hb November, 2006. Selepas itu CHEC dan UEM telah melakukan ujian tanah dan ujian cerucuk.
Pembinaan sebenar untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula pada 8hb November 2008 dan dijangka akan dibuka pada November, 2013. Pada April 2010, 24% kerja asas telah disiapkan.
Seperti juga jambatan pertama, Jambatan Kedua ialah sebuah jambatan kabel tinggal (cable stayed bridge) dengan jarak span 250 meter dan ketinggian 30 meter dari permukaan laut, untuk membenarkan bot sederhana saiz lalu di bawahnya. Jambatan ini menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dengan Batu Kawan di tanah besar.
Jambatan Kedua Pulau Pinang mempunyai jumlah jarak 24 km, termasuk 17 km di atas laut. Kenderaan yang bergerak dengan kelajuan 70 km sejam akan mengambil sekurang-kurangnya 21 minit untuk merentasinya.
Pembinaan main span (17 Januari, 2012)
Maklumat terkini berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
24 September, 2014
Papan tanda baharu telah didirikan untuk kemudahan pengguna jalanraya. Papan tanda menyatakan "Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah", dan diletakkan di tempat-tempat strategik sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, termasuk susur di Bulatan Bayan Baru dan Queensbay Mall.
18hb Februari, 2014: Upacara pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kini disahkan pada 1hb Mac, 2014. Karnival perbukaan bermula pada 3:00pm bersama Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang, dan kemuncak temasya ialah pembukaan rasmi jambatan oldh Perdana Menteri pada 8:00pm.
Pembukaan rasmiJambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (16 Februari, 2014)
17hb Februari, 2014: Laporan terkini menyatakan yang Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan dibuka pada 1hb Mac 2014.
15hb Februari, 2014: Maklumat terkini menyatakan bahawa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan dibuka pada 21hb Februari, dan penggunaannya percuma pada bulan pertama. Sementara itu, para pelawat terus membanjiri jambatan.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada waktu malam. (16 Februari, 2014)
7hb Disember, 2013: Persimpangan Batu Maung untuk Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Expressway siap dibina.
Persimpangan Batu Maung, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (7 Disember, 2013)
Batu Maung Interchange, 2nd Penang Bridge (7 November, 2013)
31hb Oktober, 2013
Kesemua lampu jalan pada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipasang buat kali pertama pada 30hb Oktober. Sebelum ini, hanya sebahagian lampu pada jambatan dinyalakan. Pada masa penulisan, kerja-kerja akhir sedang dijalankan untuk jalan masuk dari persimpangan ke jambatan.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sudah siap dibina. (26 Oktober, 2013)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dilihat dari Batu Maung (26 Oktober, 2013)
Persimpangan Batu Maung (26 Oktober, 2013)
7 Jun, 2013
Ramp yang sedang dibina bagi Persimpangan Batu Maung telah runtuh. Kejadian yang berlaku pada 7:00 pm dipercayai telah meragut empat nyawa.
Pembinaan mid span untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang (21 Julai, 2012)
3hb November, 2012 The Star melaporkan yang China Road & Bridge Corp dan HRA Teguh Sdn Bhd, perbadanan pembinaan jambatan dan rakan kongsi tempatannya, didapati bersalah oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop atas dakwaan berkomplot untuk menipu DCX Technologies Sdn Bhd, sebuah firma perundingan, untuk menggunakan cadangannya bagi mendapat projek Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada Kerajaan. Ganti rugi akan dinilai kemudian.
Pembinaan sedang berjalan untuk Persimpangan Batu Maung, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (20 Oktober, 2012)
11hb Oktober, 2012 The Star melaporkan yang Jambatan Kedua Pulau Pinang dibina supaya melencung sedikit, atas sebab keselamatan, untuk mengelakkan pemandu daripada mengantuk. Kata Pengarah pembinaan Jambatan Kedua Sdn Bhd, Hamizol Ngah, ia juga bertujuan mengelakkan pemandu daripada melebihi had kelajuan.
10hb Mac, 2012
Menurut Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd, tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditetapkan sebagai RM7.00 bagi kereta persendirian supaya setanding dengan tol Jambatan Pulau Pinang yang pertama.
2012 Februari 29
Loring kanan Lebuhraya Utara-Selatan antara KM153.8 dengan RM155.7 ditutup dari 1 Mac hingga akhir Ogos untuk memudahkan pembinaan jejambat Persimpangan Batu Kawan untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
17hb Januari, 2012
Lebih 65% daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sudah siap dibina.
Kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 2012. (17 Januari, 2012)
Pembinaan mid span untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang (17 Januari, 2012)
Pembinaan mid span untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang (17 Januari, 2012)
Jambatan Kedua sedang dibina manakala Jambatan Pertama di latar belakang. (17 Januari, 2012)
18hb Oktober, 2011
Pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sekarang ini lebih awal daripada jadual, dan dijangka siap pada bulan November, 2013.
Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang sedang berjalan (9 April 2011)
9hb April, 2011
Sudah tepat satu tahun sejak saya mula menulis laman ini berkenaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jejambat untuk laluan jalan pada Saluran Selatan sekarang muka kelihatan walaupun sebahagian permukaan jalan sahaja yang siap. Gambar foto di bawah menunjukkan tahap pembinaan setakat ini.
Jejambat untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (9 April 2011)
Kerja pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (9 April 2011)
Pembinaan Jambatan Kedua boleh dilihat di kaki langit. (9 April 2011)
Batu petanda untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (9 April 2011)
Adakah Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah perlu?
Pada pendapat saya, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sememangnya perlu. Saya tidak bersetuju dengan pendapat yang jambatan ini akan menyebabkan kesesakan. Pada pendapat saya, kesesakan disebabkan oleh beberapa fakta, termasuk kenaikan jumlah kereta di jalan raya. Kalau kereta diharamkan, maka tiada kesesakan lagi. Tetapi adakah itu jawapannya?
Antara penyelesaian yang lebih waras termasuk meningkatkan mutu pengangkutan awam Rapid Penang, meningkatkan tol, dan mengenakan had bilangan kereta yang dijual setiap tahun. Walaupun langkah-langkah ini nampak tidak popular, tetapi ia telah diambil dan di beberapa negara, seperti Singapura dan didapati berkesan. Menyekat pembinaan infrastruktur bukan jawapan untuk membanteras kesesakan.