Kafe The Habitat ialah sebuah kafe di The Habitat Penang Hill. Ia berada di sebelah kedai barang kenangan Shop On The Hill. Kafe ini menjual pelbagai makanan dan minuman. Ia tempat ideal untul menghilangkan kelaparan selepas puas menjelajah The Habitat.
Saya dan isteri saya telah melawat Kafe The Habitat pada 4hb Februari, 2017. Kami di sana atas jemputan Encik Allen Tan, Pengarah Urusan The Habitat Penang Hill, yang membelanja kami bersarapan di sana selepas asyik meneroka hutan belantara The Habitat. Sedapnya sarapan tengah hari itu. Kami makan Kari Kapitan Ayam dengan Roti Bakar (RM19.90), Kari Hijau Ayam dengan Roti Bakar (RM19.90) dan Sandwic Gourmet (RM16.90). Untuk minuman pula, saya minum Latte Ais (RM12.90) manakala isteri saya minum Air Soda Semulajadi (RM12.90). Kemudian, kami menikmati Kek Dulcey (RM16.90) pencuci mulut.
Saya dah siap nak makan, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Kari Kapitan Ayam dengan Roti Bakar di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Kari Hijau Ayam dengan Roti Bakar di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Sandwic Gourmet dengan Biji Popi di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Kek Dulcey dengan foil emas yang boleh dimakan, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Kesemua makanan sekali pandang, di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Kek Dulcey dalam kabinet kaca di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)
Minuman Soda Semulajadi di Kafe The Habitat (4 Februari, 2017)