Komtar SkyArt @ THE TOPKomtar SkyArt @ THE TOP
© THE TOP

English

Komtar SkyArt ialah sebuah mural yang akan meliputi seluruh dinding pada Menara Komtar yang setinggi 68 tingkat. Mural ini akan mewajahkan pemandangan pelbagai komuniti di Pulau Pinang, dan akan disiapkan dalam jangka masa 6 bulan. Para artis yang terlibat termasuk Bibichun, The Sliz, Kangblabla, Sattama dan IMMJN. Mereka telah dipilih berdasarkan pengalaman mereka dalam menyiapkan mural yang besar. Kesemua artis-artis ini adalah sama ada anak Penang ataupun menggunakan Pulau Pinang sebagai lokasi asas.

Projek Komtar SkyArt ditaja oleh Only World Group (OWG) dan mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dengan ukuran 230 meter tinggi dan 13.1 meter lebar, Komtar SkyArt akan menjadi "Mural Tertinggi di Dunia".

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif OWG, Dato' Sri Richard Koh, apabila mural ini siap pada Januari 2018, ia akan dikemukakan kepada Guinness Book of World Records untuk mendapat pengesahan. Cat yang akan digunakan teleh ditaja oleh Nippon Paint dengan kos RM30,000, manakala OWG akan menanggung kos pengeluaran sebanyak RM300,000.

Menurut Penolong Pengurus Besar Nippon Paint, Encik Alex Yoong Choong Kheong, projek ini memberi peluang kepada artis tempatan untuk mempamerkan bakar mereka manakala Nippon Paint mendapat peluang untuk mengemukakan cat sembur Nippon PYLOX yang akan digunakan untuk mewujudkan mural ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng berkenan merasmikan projek mural ini. Dalam hujah ini, beliau telah mengucapkan tahniah kepada OWG kerana telah berjaya memulihkan kegemilangan Komtar yang, kata beliau, pada suatu masa dahulu, merupakan suatu tempat yang "pengemis pun elakkan", tetapi kini kembali menjadi suatu kebanggaan penduduk Pulau Pinang.

Ucapan oleh Ketua Menteri melaksanakan project Komtar SkyArt



Komtar SkyArt @ THE TOPArtis yang terlibat dalam projek Komtar SkyArt @ THE TOP (9 March, 2017)


Komtar SkyArt @ THE TOPKetua Pegawai Eksekutif OWG Dato' Sri Richard Koh mengumumkan projek Komtar SkyArt project (9 March, 2017)


Komtar SkyArt @ THE TOPTuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyampaikan ucapan beliau di pelancaran Komtar SkyArt. (9 March, 2017)


Komtar SkyArt @ THE TOPTetamu terhormat di pelancaran Komtar SkyArt. (9 March, 2017)


Kembali ke laman utama The TOP


Maklumat Penuh

Kembali ke laman Seni Jalanan Pulaun Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.