Kompleks Tun Abdul Razak (GPS: 5.41462, 100.32913) yang juga dikenali dengan singkatan Komtar ialah sebuah kompleks serbaguna di pusat bandaraya George Town, ibu negeri Pulau Pinang. Ia mengandungi pusat membeli-belah, pusat pengangkutan dan pejabat pentadbiran untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Direkabentuk sebagai bandaraya dalam bandaraya, Komtar meliputi kawasan yang disempadankan oleh Jalan Penang, Jalan Dr Lim Chwee Leong, Jalan Magazine dan Lebuh Carnarvon. Komtar begitu besar sehingga terdapat tiga jalanraya yang merentasinya yakni Lebuh Tek Soon, Jalan Ria dan Lebuh Lintang.
Kompleks Tun Abdul Razak dinamakan semperna Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein (1922-1976), Perdana Menteri Malaysia yang kedua, yang merasmikan Fasa Satu Komtar pada 1hb Januari, 1974. Ia diberi nama yang sama dengan Kompleks Tun Abdul Razak di Johor Bahru.
Terkandung dalam Komtar ialah Menara Komtar, yang pada asalnya mempunyai 65 tingkat dan ketinggian 232 meter (761 kaki). Projek pengubahsuaian ke atas Komtar pada tahun 2015 telah menambah tiga tingkat kepada Menara Komtar, yang sekarang mempunyai 68 tingkat dan ketinggian 249 meter (817 kaki). Bahagian podium mempunyai 4 tingkat yang mengandungi pusat beli-belah dan pejabat kerajaan. Selain itu, terdapat sebuah dom geodesik yang direkabentuk oleh Buckminster Fuller.
Pada masa pembinaannya, Komtar dianggap satu-satunya bangunan yang paling canggih di Pulau Pinang. Komtar disifatkan wawasan Ketua Menteri Pulau Pinang yang kedua, mendiang Dr Lim Chong Eu untuk membaikpulih pusat bandaraya George Town dan mendorong pembangunan negeri.
Komtar direkabentuk oleh firma Singapura bernama Architects Team 3 (AT3) atas pimpinan Lim Chong Keat, yang merupakan adik kepada Tun Dr Lim. Apabila Menara Komtar mencapai ketinggian sepenuhnya yang asal pada tahun 1985, ia buat seketika merupakan When it reached its full height during construction, the Komtar Tower was briefly the second tallest building in Asia (after Sunshine City in Tokyo), but by the time it was completed, the title has passed to the Korean Life Insurance Building (KLI 63 Building) in Seoul.
Komtar as viewed from Magazine Circus (8 Ogos 2006)
Pada masa Komtar siap dibina (Sebenarnya Komtar tidak habis dibina; hanya dua fasa awalnya yang dibina, selaginya ditinggalkan, ditangguhkan ataupun diswastakan), Komtar merupakan pusat beli-belah yang paling unggul di Pulau Pinang, dan merupakan lokasi kedai yang paling mewah. Ia merupakan kebanggaan anak Pulau Pinang. Akan tetapi, kedudukannya tidak berkekalan. Dalam tahun-tahun seterusnya, pusat beli-belah yang baru telah dibuka, antaranya Plaza Gurney, Queensbay Mall, dan Sunshine Square, sementara Komtar makin kehilangan gemilangnya.
Isu-isu negatif yang memburukkan nasib atau mencemar nama Komtar memang panjang. Dari awal-awal lagi, projek ini menerima tentangan kerana akibatnya kepada jalanraya dan kawasan kejiranan yang sedia ada di pusat bandaraya. Penduduk yang terlibat terpaksa berpindah ke tempat lain. Ini menyebabkan bahagian pusat bandaraya menjadi bandar mati pada sebelah malam. Walaupun itu bukannya hasrat mereka yang merekabentuk Komtar, akibatnya terjadi sebab Komtar tidak disiapkan mengikut pelan asal.
Antara jalanraya yang terlibat, Jalan Gladstone langsung hilang diambilalih oleh Komtar. Cheong Fatt Tze Road juga diambilalih, tetapi Hong Kong Street yang berdekatan telah diberi nama Jalan Cheong Fatt Tze sebagai ganti. Pemindahan hentian bas dan teksi dari kawasan terbuka ke dalam komtar telah meningkatkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran.
Kemerosotan ekonomi pada akhir 90'an telah mengenakan kesan yang buruk kepada Komtar. Kedua-dua penyewa utamanya, yakni gedung beli-belah Yaohan dan Super Komtar terpaksa tutup tirai. Tanpa penyewa utama, Komtar kehilangan statusnya sebagai destinasi beli-belah yang terunggul di Pulau Pinang. Tambahan pula, Komtar mempunyai rekod buruk dalam penyelenggaraan bangunan dan pengutipan sampah. Akibatnya Komtar menjadi suatu tempat yang buruk, yang tidak lagi digemari ramai. Dengan pelbagai masalah yang dihadapi, Komtar sukar mendapat penyewa yang bermutu, dan kadar sewa pun tidak dapat dinaikkan. Pada keseluruhannya, bangunan yang buat satu ketika merupakan bangunan yang paling dibanggakan telah merosot menjadi sesuatu yang memalukan.
Sejak penukaran kerajaan negeri pada tahun 2008, kerajaan negeri yang baru telah berusaha untuk mengembalikan kegembilangan Komtar. Secara perlahan-lahan, Komtar dibaikpulih dan diharap akan menjadi kompleks bangunan yang membanggakan penduduk Pulau Pinang.
Komtar dengan Kompleks Beli Belah 1st Avenue Mall (19 Januari, 2011)
Updates on Komtar
20 Januari, 2016 The Star melaporkan yang Only World Group Holdings Bhd (OWG) dijangka siap kerja baikpulih Menara Komtar yang 65 tingkat pada akhir 2016.
20 Mac, 2013
Majlis pecah tanah diadakan untuk projek baikpulih Menara Komtar. Komtar akan mendapat satu dewan makan yang dapat memuat 700 orang. Sebuah pusat beli-belah yang baru juga dirancang dan lif kaca yang tertinggi di dunia yang dirancang untuk membawa pelawat ke restoran terbuka yang tertinggi di dunia, pada tingkat 65 Menara Komtar. Projek ini akan dijalankan dalam dua fasa dengan dewan makan dan pusat beli-belah dijangka siap pada akhir 2013 manakala sebakinya pada akhir 2014.
2 Oktober 2012: Tempat Letak Kereta Bertingkat Komtar terpaksa ditutup atas sebab pertikaian Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan pihak pengurusan tempat letak kereta tersebut. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada 7hb Julai, 2012 telah memberikan PDC hak untuk menamatkan perjanjian sewa terhadap Tropiland Sdn Bhd, yang merupakan tenant kepada tempat letak kereta 9-tingkat itu.
17 November 2010: ICT Digital Mall telah dibuka di Komtar dua minggu sebelum 1st Avenue Mall di seberang Jalan Ria juga mula beroperasi dengan penyewa utamanya Gedung Parkson.
Komtar, dengan 1st Avenue Mall dan Prangin Mall (6 February, 2013)
17 Ogos 2010: Kerajaan negeri berhasrat mengembalikan kegemilangan Komtar dengan memasang lif kaca untuk membawa pelawat ke tingkat 65 bangunan itu. Kerajaan negeri telah mengeluarkan suatu Minta Cadangan (RFP) untuk membaikpulih tingkat 59, 60, 64 dan 65 Menara Komtar.
Disember 2008: Saya gembira mendapati yang Komtar akhirnya mula mendapat baikpulih yang amat diperlukan. Kompleks yang besar ini sekarang dibaikpulih sedikit demi sedikit. Tandasnya kelihatan bersih dan baru, eskalatornya berjalan. Kompleks ini juga mendapat penyewa utama yang baru, iaitu Gedung Beli-Belah Pacific mengisi ruang yang dahulunya diisi oleh Super Komtar. Suasana bisnes juga nampaknya bertambah baik di Prangin Mall yang bersebelahan dengannya. Semasa penulisan bab ini (Nov 2009), Kompleks Beli-Belah 1st Avenue Penang pun akan dibuka tidak lama lagi. Dengan yang demikian, diharap kegemilangan Komtar akan kembali.