Lebuh Light, George Town, Penang (21 Ogos, 2011)


English

Lebuh Light adalah jalanraya yang pertama dibina apabila George Town dibuka. Pengasas George Town, Kapten Francis Light dikatakan telah menembak meriam berisi duit syiling perak ke dalam hutan belantara. Bahagian pulau yang dipilihnya adalah kawasan yang tidak berpenghuni. Pada ketika itu, sudah terdapat penempatan kecil di beberapa tempat di Pulau Pinang seperti di tebing Sungai Pinang, di Batu Uban, dan di Tanjong Tokong.

Lokasi tempat sepanjang Lebuh Light dalam peta

Historic Buildings on/near Lebuh Light

  1. Banglo Foo Tye Sin Mansion (GPS: 5.41975, 100.34209)

  2. Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (GPS: 5.42012, 100.34168)

  3. Kubu Cornwallis (GPS: 5.4203, 100.34384)

  4. Padang Kota Lama (GPS: 5.42072, 100.34221)

  5. Perigi Francis Light (GPS: 5.42257, 100.33918)

  6. Rumah Kerajaan (GPS: 5.42273, 100.3389)

  7. Rumah Yeap Chor Ee (GPS: 5.41982, 100.3418)

Sekolah di Lebuh Light

  1. SMK Convent Lebuh Light (GPS: 5.42146, 100.33856)

Auditorium di Lebuh Light

  1. Dewan Sri Pinang (GPS: 5.4213, 100.34045)

Tugu Peringatan di Lebuh Light

  1. Menara Jam Peringatan Ratu Victoria (GPS: 5.41944, 100.34426)

  2. Tugu Peringatan Logan (GPS: 5.42107, 100.33984)

Air Pancut di Lebuh Light

  1. Air Pancut Perbandaran (GPS: 5.42076, 100.34098)

  2. Air Pancut Pinang (GPS: 5.41912, 100.34408)

Bangunan Komersil di Lebuh Light

  1. Wisma Great Eastern (GPS: 5.42005, 100.34091)

  2. Wisma Pelaut (GPS: 5.41956, 100.34252)

Bangunan Kerajaan di Lebuh Light

  1. Bangunan Bank Negara Malaysia (GPS: 5.42052, 100.34044)

  2. Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (GPS: 5.41936, 100.34312)

  3. Jabatan Imigresen (GPS: 5.41902, 100.34367)

  4. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang (GPS: 5.42076, 100.3398)


Pemandangan Lebuh Light, dengan Wisma Great Eastern, Bangunan Bank Negara Malaysia dan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. (21 Ogos, 2011)


Selepas tanah dibersihkan, Kapten Francis Light mendirikan jalan yang pertama di penempatan itu, dan menamakannya sempena dirinya sendiri. Light sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perancangan bandar, dan fakta ini ternyata beberapa dekad kemudian, apabila pegawai British yang mengkaji penempatan Light menemui beberapa kelemahan dan berhasrat memindahkannya. (Baca petikan Rancangan Memindahkan George Town.) Pemindahkan tidak berjaya dilakukan kerana pada ketika itu, George Town telah berkembang menjadi sebuah bandar kecil.

Mula-mula sekali, Light membina sebuah rumah untuk dirinya di Lebuh Light. Rakan perniagaannya, James Scott, juga mendirikan rumah di Lebuh Light. Pada masa itu, Kubu Cornwallis belum lagi wujud dalam bentuk yang kita kenali. Untuk mempertahankan penempatannya, Light membina sebuah kubu menggunakan batang pokok nibong. Sebenarnya lokasi yang dipilih oleh Light tidak sesuai dari segi pertahanan. Tetapi, Light tidak mempunyai sebarang pengalaman ketenteraan, dan oleh itu, beliau tidak tahu. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menumpaskan serangan Sultan Abdullah pada tahun 1791.

Lebuh Light di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. (21 Ogos, 2011)


Pada tempat di mana Lebuh Light bertemu laut, Light telah membina sebuah jeti. Pada hujung yang satu lagi, beliau menggali sebuah perigi untuk kegunaan penduduk penempatannya yang baru (Pada pendapat saya, perigi ini mungkin berlainan daripada Perigi Francis Light, yang merupakan perigi yang digali oleh Light untuk kegunaan beliau sendiri). Jeti Light hari ini tiada lagi. Ia dirobohkan untuk penambakan tanah untuk pembinaan Jeti Swettenham. Lebuh Light merupakan sebatang jalan yang amat lurus. Ia berakhir pada pintu masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Lebuh Light. Dahulunya (dan untuk seketika yang pendek), terdapat sebatang jalan bernama Prince Street yang mencantum Lebuh Light kepada Lebuh Farquhar (yang pada masa itu dipanggil Penang Road). Hari ini, jalan itu sebahagian daripada Lebuh Light.

Pada separuh abad ke-19 yang pertama, kebanyakan tempat sepanjang Lebuh Light digunakan untuk ketenteraan, untuk polis dan pentadbiran British.

Lebuh Light di depan Wisma Great Eastern (21 Ogos, 2011)


Sebelum Pulau Pinang dinaiktaraf ke status Presidency pada tahun 1805, tiada belanjawan yang mencukupi untuk kerja-kerja awam. Hanya setelah Penang mendapat status itu, barulah bangunan-banguan yang lebih mewah dibina, antaranya Bangunan Mahkamah Perakam (Recorder's Court), yang hari ini kita kenali sebagai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Pada masa itu, ia adalah sebahagian daripada kompleks Balai Polis Sentral, sebelum balai polis itu berpindah ke Pesara Claimant, meninggalkan tempatnya untuk Balai Polis Lebuh Pantai. Oleh sebab terdapatnya balai polis di sini sejak awal-awal lagi, Lebuh Light dikenali dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang sebagai Po3lay3 Khau4 , yang bermaksud "jalan polis".

Dari separuh kedua abad ke-19, Orang Eropah mula berpindah keluar dari Lebuh Light untuk menduduki tanah baru dibuka pada bahagian barat George Town, di tempat-tempat seperti Jalan Utama (yang digelar Western Road pada masa itu). Hartanah sepanjang Lebuh Light telah dibeli oleh jutawan tempatan berbangsa Cina. Antara saudagar Cina yang telah menjadi amat kaya di Pulau Pinang termasuk Foo Tye Sin, Koh Seang Tat dan Goh Ban Bee masing-masing memiliki harta di sepanjang Lebuh Light. Sesiapa yang mampu milik alamat di Lebuh Light dikatakan "sudah tiba".

Secara sedikit demi sedikit, Lebuh Light terus berubah dari abad ke-20 ke abad ke-21. Pada hari ini, terdapat sebuah bulatan di penemuan Lebuh Light dengan Lebuh Pantai, Pesara King Edward and Jalan Syed Sheh Barakbah. Bulatan Lebuh Light hanya dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Bangunan-bangunan baharu yang ditambah kepada Lebuh Light sejak pertengahan abad ke-20 termasuk Dewan Sri Pinang, Bangunan Bank Negara Malaysia dan Wisma Great Eastern. Kebanyakan bangunan di sepanjang jalanraya ini telah sedia ada sejak 70 tahun yang lalu.

Lebuh Light road sign (30 November 2008)


Bagaimana pergi ke Lebuh Light

Anda boleh pergi ke Lebuh Light dengan menaiki Bas Percuma CAT ke Stesen No. 5 (Hentian Bank Negara).

Plak Lebuh Light (30 November 2008)

Senarai Jalan di Pulau Pinang dan Jalan di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.