Lorong Abu Siti, or Lorong Abu Siti (Chinese: 三星巷, Penang Hokkien: Samseng Hang), adalah sebatang jalan kecil di George Town. Ia diberi nama sempena seorang pemimpin sandiwara Bangsawan dari lewat abad ke-19. Nama "Bangsawan" yang diberikan kepada jenis sandiwara ini dipercayai telah diberikan oleh Tunku Kudin.
Pada zaman sebelum adanya televisyen, sandiwara jalanan dan panggung bergerak merupakan bentuk hiburan yang mendapat sambutan bukan sahaja dari kalangan orang Melayu tetapi juga dari masyarakat Cina.
Harus diingati bahawa Lorong Abu Siti dahulunya mempunyai sebuah perkampungan orang beragama Islam. Penduduk di sini terdiri daripada kaum Melayu dan orang Muslim India. Mereka mendirikan rumah kampung di sini. Yang kaya mempunyai banglo dengan citi bina Nusantara. Ada antara banglo ini masih berdiri walaupun beberapa daripadanya dalam keadaan usang.
Sandiwara Bangsawan berasal dari kalangan orang Muslim India. Pemimpinnya Abu Siti juga mendapat gelaran Mamak Pushi sebagai nama samaran. Rombongan Bangsawannya bernama Kumpulan Pusi Indera-Bangsawan. Ia diasaskan pada tahun 1890-an dan telah mengadakan konsert dari setempat ke setempat di rantau Malaya dan Indonesia.
Masyarakat Cina mengelar Lorong Abu Siti sebagai Sam3seng3 Hang33 yang bermaksud Lorong Samseng dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang kerana pada itu samseng suka berkumpul di situ. Orang Melayu pula memanggil Lorong Abu Siti sebagai Lorong Pushi, sempena sandiwara jalanan di situ.
Lokasi tempat sepanjang Lorong Abu Siti dalam peta
Rumah Melayu separuh bata di Lorong Abu Siti (26 April, 2009)
Banglo Melayu yang lama di Lorong Abu Siti (26 April, 2009)
Simpang Lorong Abu Siti dengan Jalan Macalister (29 September, 2012)
Simpang Lorong Abu Siti dengan Jalan Burma (29 September, 2012)
Rumah yang mencerminkan warisan Melayu lewat abad ke-19 di Lorong Abu Siti (26 April, 2009)
Papan tanda Lorong Abu Siti (29 September, 2012)
Lorong Abu Siti pada Google Maps Street View
Pergi ke Lorong Abu Siti
Anda boleh menaiki bas Rapid Penang bernombor 10, 11, 103 atau 104 yang lalu sepanjang Jalan Burma. Dari perhentian bas pada Jalan Burma, anda boleh berjalan kaki ke Lorong Abu Siti.