Masjid Kapitan KelingMasjid Kapitan Keling (7 July, 2012)


English

Masjid Kapitan Keling (GPS: 5.41666, 100.33758) ialah masjid yang paling besar di George Town, Pulau Pinang. Terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, yang pada asalnya digelar Lebuh Pitt, ia merupakan satu-satunya tempat tarikan pelancong yang utama di Tapak Warisan Dunia George Town.

Sebelum pembinaan Masjid Negeri Pulau Pinang, Masjid Kapitan Keling digunakan sebagai masjid negeri Pulau Pinang, memandangkan ia adalah masjid bersejarah yang terbesar di George Town. Masjid Kapitan Keling diberi nama sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komunity India Muslim yang telah membinanya lebih kurang dalam tahun 1800.

Nama "kapitan keling" digunakan untuk pemimpin atau penghulu komunity Orang India Muslim. Istilah "keling" berasal dari sebuah kerajaan Hindu kuno di Pantai Koromandel di bahagian selatan India. Orang Hokkien tempatan menggunakan sebutan "keling-na" sebagai panggilan Orang India secara am, terutamanya Orang India dari bahagian selatan India. (Orang India dari utara dihimpun dengan istilah "banggali", walaupun ia tidak semestinya merujuk kepada mereka yang berasal dari Bengal). Gelaran "Kapitan" kemungkinan datangnya dari perkataan Inggeris "Captain", dan digunakan untuk ketua sesuatu komuniti. Pada hal yang sama, ketua komuniti Cina turut digelar Kapitan.

Kapitan Keling Caudeer Mohuddeen adalah penguasa masjid ini yang pertama. Dialah yang telah membawa jurubina termasuk bahan-bahan binaan dari India untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, Masjid Kapitan Keling merupakan sebuah bangunan satu tingkat pada pelan empat segi tepat dengan bumbung condong pada setiap penjuru. Bangunan masjid dikelilingi rumah kedai kepunyaan masjid, dengan suatu lorong sempit sebagai pintu masuk.

Tanah 18 ekar kepunyaan Masjid Kapitan Keling telah diberikan kepada masyarakat India Muslim oleh Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith, pada bulan November, 1801, untuk kegunaan sebagai "masjid buat selamanya". Akan tetapi, dalam tahun-tahun kemudian, apabila George Town semakin sesak, kerajaan terpaksa membeli kembali sebahagian tanah masjid untuk kemudahan bandar. Antaranya tanah yang sekarang berdirinya Balai Polis Sentral dan Pasar Lebuh Campbell, yang pada suatu ketika dahulu merupakan tempat perkuburan Islam.

Kapitan Keling Caudeer Mohuddeen meninggal dunia pada tahun 1834. Beliau tidak berpeluang melihat masjid yang didirikannya terus berkembang hingga ke hari ini. Makam kapitan berada di Kampung Kolam. Apabila saya mula menulis petikan ini, makam itu dalam keadaan usang (Februari 2005). Sejak masa itu, makamnya sudah diperbaiki dan dipulih semula.

Tanah masjid semakin mengecut saiznya atas pelbagai sebab termasuk masalah setinggan dan pengurusan yang kurang cekap. Rumah persendirian didirikan semakin hampir kepada masjid sehinggalah pada tahun 1903, saiz tanah masjid yang pada asalnya 18 ekar tinggal hanya 8 ekar.

Pada tahun 1905, kerajaan telah menubuhkan Badan Wakaf Mohammedan dan Hindu untuk menyelia pentadbiran tanah wakaf. Suatu program pembaharuan bandar yang meluas dilaksanakan. Pad tahun 1910-an, Masjid Kapitan Keling diberi wajah baharu dalam gaya British Mughal Revival, dengan penambahan kubah yang bergaya Mughal, menara dan sebuah madrasah. Pembaharuan ini siap pada tahun 1916. Masjid ini mematuhi Kiblat yang memutuskan bahawa ia mesti menghadap ke arah Kaabah.

Satu lagi pengubahsuaian ke atas masjid Kapitan Keling dibuat pada tahun 1930 selepas reka bentuk yang lepas didapati tidak praktikal. Sesuai dengan tradisi, masjid tidak dibina semula tetapi hanya diperbesarkan. Dewan solat dipertinggikan dua kali ganda agar sistem pengudaraan ditingkatkan dan lebih sinaran cahaya boleh masuk.

Bahagian luar masjid dicat warna kuning ochre manakala bahagian dalamnya dihias dengan marmar putih dengan siling yang tinggi. Lorong dalaman masjid berbentuk gerbang ladam dan dinobatkan dengan plak Raja Edward. Permukaan bangunan dihiasi dengan corak geometri, memandangkan bentuk manusia dan haiwan haram dalam Islam.

Masjid Kapitan Keling selagi lagi diubahsuai pada tahun 2003 menerusi geran RM5 juta, untuk membaiki masalah resapan air dan saliran yang kurang memuaskan. Atas sebab itu, masjid terpaksa ditutup untuk satu tahun. Beberapa tambahan yang tidak membinasakan kecantikan masjid dibuat, antaranya laluan pejalan kaki berbumbung dipanjangkan dan tempat wuduk wanita dibina. Corak kaligrafi ditambahkan kepada bahagian dalam kubah dan dinding menggantikan motif bunga. Sebuah pusat maklumat Islam juga didirikan di tingkat bawah menara masjid.

Masjid Kapitan Keling kini digunakan oleh umat Islam lima kali sehari, tujuh hari seminggu.

Masjid Kapitan Keling, George Town, Pulau PinangMasjid Kapitan Keling, George Town, Pulau Pinang (7 July, 2012)


Masjid Kapitan KelingMasjid Kapitan Keling (14 March, 2004)


Interior of the Masjid Kapitan Keling with its central chandeliarInterior of the Masjid Kapitan Keling with its central chandeliar (25 April, 2007)

Masjid Kapitan Keling on Google Street View

View of Masjid Kapitan Keling from Pitt Street entrance.

View from Buckingham Street entrance.

View of the inner courtyard of Masjid Kapitan Keling with one of its older minarets.

Maklumat terkini mengenai Masjid Kapitan Keling

3 Disember, 2010
Sejak saya bermula tulis berkenaan Masjid Kapitan Keling, Makam Kapitan Keling telah dibaiki dan dikemaskan. Sekarang makam itu mudah dilawati.

View of the Masjid Kapitan Keling from its minaretView of the Masjid Kapitan Keling from its minaret (7 July, 2010)


Masjid Kapitan Keling, Pitt Street, Pulau PinangMasjid Kapitan Keling, Pitt Street, Pulau Pinang (21 August, 2004)


View of Masjid Kapitan Keling from Pitt StreetView of Masjid Kapitan Keling from Pitt Street (29 January, 2005)


Melawat Masjid Kapitan Keling

Dengan Hentian Bas Pengkalan Weld sebagai titik permulaan, seberangi Pengkalan Weld menggunakan jejantas. Belok kiri dan berjalan sepanjang Pengkalan Weld hingga simpang Gat Lebuh Chulia. Belok kanan ke Gat Lebuh Chulia dan berjalan sampai simpang Lebuh Pantai, di mana Gat Lebuh Chulia menjadi Lebuh Chulia. Terus berjalan sepanjang Lebuh Chulia hingga simpang Jalan Masjid Kapitan Keling. Seberangi Lebuh Chulia, belok kiri dan jalan sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling sehingga anda nampak Masjid Kapitan Keling di sebelah kanan anda.

Apakah yang perlu dilihat

Masjid Kapitan Keling mencerminkan kecantikan seni bina India Muslim. Fahami yang masjid ini telah beberapa kali diubahsuai, oleh itu rupanya sudah berubah daripada rupa asal. Orang bukan Islan tidak dibenarkan masuk ke dewan solat.

Masjid Kapitan Keling at dusk (25 July, 2009)

Tempat-tempat berdekatan

Masjid Kapitan Keling berada di zon teras Tapak Warisan Dunia George Town. Terdapat banyak tempat yang dilawati anda yang berdekatan, antaranya:


Masjid Kapitan Keling (25 January, 2013)

Masjid Kapitan Keling adalah dalam peta Jalan Masjid Kapitan Keling



[an error occurred while processing this directive]

10 Tarikan Pelancongan Utama Pulau Pinang


Maklumat

Senarai Masjid di Pulau Pinang dan Masjid di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.