Nasi Kandar Line ClearNasi Kandar Line Clear (30 Ogos, 2012)


English

Nasi Kandar Line Clear (GPS: 5.41965, 100.33253) adalah antara nasi kandar yang paling masyhur di Pulau Pinang. It berada di sebatang lorong di Jalan Penang, bersebelahan dengan Restoran Yasmeen, satu lagi restoran nasi kandar.

Line Clear telah beroperasi sejak 1930. Ia dibuka 24 jam sehari. Masa paling baik untuk menikmatinya, agar tidak terlampau sesak, adalah pada sebelah awal petang. Masa itu, tempat ini benar-benar "line clear". Tetapi, kalau nasi kandar terasa lebih sedap kalau terpaksa beratur panjang, maka pergilah ke Line Clear lebih kurang tengah malam. Itulah masanya kutu embun Pulau Pinang muncul merayau.

Perlu disedari yang sejak Februari 2016, pengurusan Line Clear diputar antara tiga sepupu setiap tahun. Seorang daripada sepupu telah bersara dari bisnes Line Clear setelah penyelesaian dicapai ke atas pertelagaan keluarga yang saya ceritakan pada Saga Line Clear. Setiap sepupu akan menyediakan nasi kandar ikut cara sendiri, oleh itu, citarasa Line Clear akan berubah setahun demi setahun.

My visits to Nasi Kandar Line Clear

Lawatan Kedua, Bawa Pulang Line Clear


Maklumat

Lawatan Pertama ke Nasi Kandar Line Clear, 2016


Maklumat

Berita terkini Nasi Kandar Line Clear

14 Mac, 2017: The Star (Line Clear and another nasi kandar outlet ordered shut)
Majlis Bandaraya Pulau Pinang Island telah mengarahkan Nasi Kandar Line Clear ditutup selama dua minggu kerana gagal mencapai tahap kebersihan dan kesihatan. Menurut Ong Ah Teong, pengerusi gantian Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang, bangkai seekor tikus dan lipas telah dijumpai di dapur. Menurut pemiliknya, Sahubar Ali, 59, ini adalah kali pertama majlis bandaraya menutup warungnya dalan 70 tahun [atas sebab kebersihan].

14 Februari, 2016
Pengurusan Nasi Kandar Line Clear sekarang diberi kepada Abdul Latiff Ali Thurkarnai, 55, yang mendapat kembali warung itu got dan akan mula beroperasi pada hari Isnin, 15hb Februari, setelah pengurusan sebelumnya menerima keputusan mahkamah dan mengosongkan tempat itu pada hari Khamis, 11hb Februari, 2016.

30 Januari, 2016
The Star melaporkan bahawa Abdul Hamid Seeni Parkir telah menerima notis pengusiran dan akan bersara daripada bisnes di Pulau Pinang, manakala anak-anaknya akan memindahkan bisnesnya untuk membuka kedai baru di Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dengan itu, tinggal tiga sepupu yang akan bersaling ganti untuk menguruskan bisnes ini di Pulau Pinang.

21 Januari, 2016
The Star melaporkan yang Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Abdul Hamid Seeni Parkir untuk semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan bahawa majlis bandaraya telah bertindak secara teratur dan sah, dan bukannya ultra vires atau melanggar hak keadilan semula jadi. Mahkamah memberikan Abdul Hamid tiga minggu untuk beredar dari warung tersebut.

The Line Clear Saga

Walaupun ia antara nasi kandar paling masyhur di Pulau Pinang, bisnes Line Clear telah mengalami pertelagaan keluarga. Petikan ini menerangkan kejadiannya, menurut laporan akhbar.

Maklumat

LC Restoran

Setelah dipaksa oleh Mahkamah Tinggi untuk menyerahkan bisnes Line Clear, Abdul Hamid Seeni Parkir membuat keputusan untuk bersara, tetapi anak-anaknya bercadang meneruskan bisnes ini di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Maklumat
1 Februari, 2015
The Star melaporkan yang perniagaan di Line Clear berjalan seperti biasa, sebab pengurusannya mendakwa telah mendapat penangguhan perlaksanaan untuk menghalang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) daripada meruntuhkan gerainya.

31 Januari, 2015
The Star melaporkan yang Nasi Kandar Line Clear masih terus beroperasi walaupun pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan mengambil tindakan ke atas pengurusannya pada hari itu. Laporan menyatakan bahawa pengendali warung tersebut, Abdul Hamid Seeni Pakir, 60, telah menyatakan bahawa beliau telah mendapat penangguhan perlaksanaan ke atas tindakan majlis, walaupun beliau tidak menunjukkan sebarang bukti.

Adalah dilaporkan yang pengendali warung ini menerusi peguamnya Md Yusuf Idris telah memfailkan permohonan pada hari Isnin, 26hb Januari 2015, menentang keputusan MPPP, dan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Collin Lawrence Sequerah telah membenarkan penangguhan perlaksanaan pada hari Jumaat, 30hb Januari 2015. Sebab pengendali tidak dapat menunjukkan bukti adalah kerana kaunter mahkamah telah tutup untuk hari ini, dan peguamnya berkata bahawa mereka akan mendapatkan dokumen tersebut pada hari Isnin, 2hb Februari 2015.

22 Januari, 2015
The Star melaporkan tindak balas dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang mengatakan bahawa ia bertindak mengambil kerusi meja dari Line Clear untuk menjejaskan operasinya kerana pengendali itu tidak mempunyai lesen berniaga. Presiden MPPP Datuk Patahiyah Ismail menjelaskan bahawa MPPP terpaksa mengambil tindakan tersebut supaya pengendali berlesen yang sah dibenarkan menjalankan perniagaan di sana. Perampasan meja dan kerusi itu dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja 1979.

20 Januari, 2015
The Star melaporkan bahawa pegawai penguatkuasa dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang Pulau (MPPP) telah menyerbu Line Clear dan mengambil meja kerusinya dalam operasi pada jam 4.00 pagi. Pengendalinya, Abdul Hamid Seeni Pakir [sic], 60 [sic], terus menentang. Nampaknya beliau tidak mahu melepaskan pengurusan Line Clear kepada rakan sepupu agar perniagaan tersebut diputar berdasarkan perjanjian yang ditetapkan oleh MPPP, tetapi tidak dilaporkan apakah alasannya. The Star melaporkan bahawa Abdul Hamid menggambarkan tindakan MPPP sebagai "sama sekali tidak bertimbangrasa" dan mendakwa bahawa tidak ada pemberitahuan diberi terlebih dahulu.

31 Oktober, 2014
The Star melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah bersetuju untuk mengeluarkan lesen putaran kepada Line Clear, dengan T. Abdul Latiff, 53, memegang lesen pada tahun 2015, Sahubarali China Mohd Hanibah, 56, pada 2016, Pathumah Iskandar, 65, pada tahun 2017, dan Abdul Hamid Seeni Pakeer [sic], pada tahun 2018. MPPP memberi amaran bahawa pegawai-pegawainya akan mengosongkan premis pengendali sekarang, Abdul Hamid, jika beliau gagal menyerahkan premis itu pada 31hb Disember, 2014. Itu adalah ultimatum dari MPPP sementara ahli keluarga terus bergumul antara sendiri atas isu pengurusan Line Clear.

6 Jun, 2014
The Ant Daily menerangkan yang pertelagaan Line Clear timbul apabila perjanjian oleh anggota keluarga untuk memutar operasi di antara empat sepupu telah dilanggar oleh Abdul Hamid Seeni Parkir apabila dia enggan melepaskan operasi gerai tersebut kepada tiga sepupunya, T. Abdul Latiff, Sahubarali China Mohd Hanibah dan Pathumah Iskandar.

2 Jun, 2014
Walaupun pelanggan menikmati antara nasi kandar yang paling popular di Pulau Pinang, terdapat pergolakan sedang berlaku di Line Clear yang tidak begitu jelas kepada para pelanggan. Menurut The Star, pengurusan perniagaan diputar di antara empat sepupu yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaan setiap tahun. Namun begitu, masalah telah timbul apabila salah seorang rakan kongsi dikatakan enggan mematuhi aturan putaran yang telah ditetapkan sejak tahun 1950-an.

Akibatnya, rakan kongsi lain telah mendirikan gerai masing-masing di lorong berhampiran restoran itu, menyebabkan kesesakan yang telah menarik perhatian Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Bahagian Pelesenan MPPP mengadakan pertemuan dengan peniaga pada 28hb Jun, 2013, tetapi tidak dapat mencapai sebarang persefahaman yang memuaskan. MPPP kemudian menulis kepada mereka pada 23hb Disember, 2013, meminta agar mereka membuat penyelesaian dalam masa dua minggu atau menghadapi pengusiran. Walaupun tarikh itu telah berlepas, gerai itu masih terus beroperasi.

Jalan masuk ke Nasi Kandar Line Clear (30 Ogos, 2012)


Para pelanggan memilih hidangan di Line Clear (13 March, 2016)

Line Clear pada 360° Google Maps Street View

Line Clear adalah dalam peta Jalan Penang



Senarai Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.