Observatory Deck Sebelah Dalam ialah balai pemandangan yang berada di tingkat 65 Menara Komtar. Ia adalah sebahagian daripada tarikan pelancongan "Window of the Top", yang termasuk Rainbow Skywalk dan Observatory Deck Sebelah Luar. Indoor Observatory Deck memberikan pemandangan meluas, bukan sahaja bandaraya George Town, tetapi juga sebahagian besar Pulau Pinang sampailah ke Seberang Perai.
Tingkat 65 Menara Komtar dahulunya tingkat teratas menara tersebut. Tetapi, sekarang ini, Menara Komtar telah dipertinggikan sehingga Tingkat 68, di mana terletaknya Observatory Deck sebelah luar.
Satu ciri istimewa Observatory Deck Sebelah Dalam adalah Lantai Kaca. Sesiapa yang berani berdiri atas Lantai Kaca dapat menikmati pemandangan 65 tingkat ke bawah, tanpa sebarang halangan. Ia bukanlah sesuatu untuk mereka yang lemah hati, tetapi sekiranya anda berani, berdirilah atas Lantai Kaca dan nikmati pemandangan yang amat mempersonakan.
Membeli Tiket Online
Tiket untuk The TOP boleh didapati di:
https://thetop.com.my/buy-tickets/
Harga Tiket The TOP
Pakej A: THE TOP All Park (Pas Sehari)
Pakej A termasuk DanceOki, Magic Mirror Maze, 7D Discovery Motion Theater, Tongkat Ali King, Jurassic Research Centre, Musical Carousel, Ocean Explorer dan Dragon Regatta (kanak-kanak sahaja). Waktu buka 10:00am hingga 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
Dewasa sembilan-puluh-lapan ringgit dengan MyKad dan kanak-kanak lima puluh ringgit dengan MyKid.
Pakej B: Observatory Deck & Window of The TOP (Pas Sehari)
Pakej B termasuk Rainbow Skywalk dan Observatory Deck. Terletak di tingkat 65 dan 68, Observatory Deck termasuk Coco Cabana Bar & Bistro, Pot of Gold, Lucky Horseshoe Chair dan Upside Down Musical Orchestra. Tiket sah untuk satu tahun dari tarikh pembelian dan baik untuk satu lawatan tanpa had masa pembukaan yang dari 10:00am ke 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
Dewasa (melebihi 130sm) lapan-puluh-lapan ringgit dengan MyKad dan Kanak-kanak (90-130sm) lima-puluh-lapan ringgit dengan MyKid.
Para pelawat di pindu masuk Observatory Deck (20 Januari, 2017)
Para pelawat di pindu masuk Observatory Deck (20 Januari, 2017)
Di atas Lantai Kaca Observatory Deck, rasanya seperti melayang di langit di atas George Town. (20 Januari, 2017)