Parkir di Pulau Pinang sering mengelirukan mereka yang tidak biasa dengan bandaraya ini. Sekiranya anda berhasrat memandu kereta di George Town, sila dimaklumkan anda perlu meletakkan kupon parkir pada dashboard kereta anda apabila meletak kereta pada kotak parkir tepi jalan di mana-mana tempat di Pulau Pinang. Tempat letak kereta berbayar mempunyai papan tanda menunjukkan kadar bayaran parkir.
Kupon parkir boleh dibeli di kebanyakan pasar mini termasuk 7-Eleven dan juga di stesen minyak.
Terdapat tiga jenis kupon parkir. Kupon berwarna hijau adalah untuk parkir setengah jam, yang berwarna jingga untuk parker sejam, dan yang berwarna merah adalah untuk parkir seluruh hari. Kadar parkir di Pulau Pinang adalah 40 sen setiap 30 minit. Mulai 1hb Julai, 2017, bayaran parkir diseragamkan untuk seluruh pulau, iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 8:00am pagi hingga 6:00pm petang, termasuk hari cuti am. Parkir adalah percuma pada hari Ahad.
Kupon parkir dijual dalam bentuk buku. Buku RM4 mengandungi 10 kupon setengah jam manakalan buku RM6 mengandungi 5 kupon setengah jam dan 5 kupon sejam.
Untuk menggunakan kupon parkir, gores tahun, bulan, hari, jam dan minit untuk masa permulaan parkit. Jika anda perlu meletakkan kereta anda melebihi masa yang diperuntukkan pada satu kupon, maka anda perlu meletakkan kupon tambahan untuk masa seterusnya.
Half-Hour Parking Coupon
One-Hour Parking Coupon
Kupon Parkir Harian
Selain kupon setengah jam dan kupon satu jam, Majlis Bandaraya juga mengeluarkan kupon harian berwarna merah. Kupon ini berharga RM6 setiap satu dan boleh digunakan untuk meletak kereta seluruh hari. Anda dibenarkan terus menggunakan kupon yang sama walaupun pada tempat parkir yang berlainan, selagi pada hari yang sama.