Perpustakaan Digital Pulau Pinang (GPS: 5.40496, 100.30393) ialah sebuah perpustakaan di George Town, Pulau Pinang. Ia terletak ke perkarangan Penang Free School, dan menduduki banglo dua tingkat yang dahulunya merupakan residen gurubesar sekolah itu. Perpustakaan ini dibuka kepada orang awam pada bulan Jun, 2016. Pada mulanya, waktu buka adalah dari 10:00am hingga 10:00pm, tetapi dari 1hb Mei, 2017, Perpustakaan Digital Pulau Pinang akan dibuka sepanjang hari. Pada masa petikan ini ditulis (April 2017), yuran tahunan perpustakaan ini adalah RM60 untuk orang dewasa dan RM30 untuk pelajar. Terletak pada tingkat bawah perpustakaan ini adalah sebuah kedai roti bernama Love A Loaf.
Perpustakaan Digital Pulau Pinang adalah sebuah projek yang disokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dimungkinkan oleh kerjasama dari pelbagai syarikat termasuk Keysight Technologies, Eastern & Oriental Group (E&O) dan TIME dotCom.
Pandangan sisi Perpustakaan Digital Pulau Pinang (21 Oktober, 2016)
Pintu masuk ke Perpustakaan Digital Pulau Pinang (21 Oktober, 2016)
Pandangan 360° Perpustakaan Digital Pulau Pinang pada Google Maps Street View
(Nov 2015)
Alamat
Perpustakaan Digital Pulau Pinang
135, Green Lane,
11600 George Town, Penang.
Telefon: 04 370 8687 (office), 04 370 8715 (help desk)