Pusat Penyelidikan Jurassik adalah sebuah pusat aktiviti interaktif di The TOP in Komtar, Penang. Ia diasaskan untuk memberi pengetahuan dan juga hiburan bertemakan paleontologi, dengan pameran fosil dan replika tapak penggalian.
Dua tarikan utama Pusat Penyelidikan Jurassik ialah Makmal Dinosaur, di mana telur dinosaur menetas, dan Taman Jurassik yang dihuni oleh dinosaur saiz hidup. Dinasour mekanikal ini dapat bergerak dan membuat bunyi yang realistik.
Dalam lawatan saya ke Pusat Penyelidikan Jurassik, saya sedar yang pencipta tarikan ini telah berusaha sedaya upaya untuk mereka pusat penyelidikan yang nampaknya benar, dengan telur dinosaur yang menetas, dan juga dinosaur dewasa yang nampak hidup. Walaupun perlu disedari yang kesemuanya olok-olok sahaja, saya juga faham bahawa, kanak-kanak membawa pandangan yang berbesa.
Cuba bayangkan: pakar saintis yang terkemuka, kalau ditanya apakah inspirasi beliau menceburkan diri dalam bidang ini, mungkin dijawap bahawa asal usul minatnya datang dari majalah atau buku komik yang orang dewasa pandang sebagai kebudak-budakan. Begitu jugalah dengan Pusat Penyelidikan Jurassik ini. Ia berupaya mempengaruhi seseorang kanak-kanak agar menjadi seorang saintis pada masa depan.
Saya dan dinosaur di Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)
Visiting the Pusat Penyelidikan Jurassik
Pusat Penyelidikan Jurassik adalah sebahagian daripada Avenue of Adventures di The Top. Anda boleh membeli tiket individu di sini, pada harga RM58 untuk Orang Dewasa yang melebihi 130sm (RM48 dengan MyKad) dan RM48 untuk Kanak-kanak antara 90sm hingga 130sm (RM38 dengan MyKid), dan menikmati kesemua tarikan Pakej A (Avenue of Adventures).
I di pintu masuk ke Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)
Hos saya di Pusat Penyelidikan Jurassik ialah Professor Harith Iskandar! (20 Januari, 2017)
Pameran fosil T. Rex. (20 Januari, 2017)
Pameran pelbagai fosil. (20 Januari, 2017)
Tapak penggalian paleotologi. (20 Januari, 2017)
Isteri saya di Pusat Penetasan Telur Dinosaur, di mana telur Velociraptor menetas. (20 Januari, 2017)
Seorang saintis sedang memeriksa anak dinosaur yang baru menetas. (20 Januari, 2017)
Saintis meneliti seekor dinosaur Stegosaurus di Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Dinosaur Tyrannosaurus rex dan Velociraptors di taman yang berada di luar. (20 Januari, 2017)
Dinosaur-dinosaur menyerang sebuah jip di Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Dinosaur ganas di taman terbuka Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Dinosaur Velociraptors yang garang di taman terbuka Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Sekeluarga dinosaur Brontosaurus di taman terbuka Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Sekelompok dinosaur Ceratosaur di taman terbuka Pusat Penyelidikan Jurassik. (20 Januari, 2017)
Our visit to the Pusat Penyelidikan Jurassik
My wife and I visited the Pusat Penyelidikan Jurassik on 20 Januari, 2017. We were guests of The TOP.
Timothy Tye & Goh Chooi Yoke di Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)
Timothy Tye & Goh Chooi Yoke di Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)
Timothy Tye & Goh Chooi Yoke di Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)
Timothy Tye & Goh Chooi Yoke di Pusat Penyelidikan Jurassik (20 Januari, 2017)