Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Rumah Asdang (Hotel Metropole), Pulau Pinang

Bahagian luar Rumah Asdang / Hotel MetropoleBahagian luar Rumah Asdang / Hotel Metropole (5 Ogos, 2012)


English

Rumah Asdang (GPS: 5.42478, 100.32699) adalah bangunan bersejarah di Jalan Sultan Ahmad Shah di George Town, Pulau Pinang. Ia bangunan dengan sejarah yang panjang dan berputar belit.

Sejak didirikan pada penghujung abad ke-19, bangunan ini telah bertukar nama beberapa kali. Pada mulanya, ia dikenali dengan nama Nova Scotia. Ia dibina oleh Khaw Sim Bee, iaitu anak lelaki ke-enam, juga yang bongsu dan yang paling terkenal, kepada towkay Khaw Soo Chang (1786-1882) daripada keluarga Khaw yang terkemuka. Sebagai Gabenor Wilayah Ranong, Sim Bee mendapat menghargaan atas peranannya membangunkan bahagian selatan Thailand dan diperingati dengan sebuah tugu di bukit Khao Rang di Phuket.

Nova Scotia telah ditukar nama kepada Rumah Asdang (atau "Asadong") apabila ia diambilalih oleh Khaw Sim Khim, selaku Gabenor untuk Kra. Beliau adalah abang kepada Sim Bee dan anak keempat Khaw Soo Cheang. Rumah Asdang menjadi tempat pertemuan untuk orang kenamaan Siam dan juga kerabat diraja Siam apabila mereka berkunjung ke Pulau Pinang. Antara yang pernah melawat rumah ini termasuk Raja Prajadhipok (Raja Rama VII) apabila baginda melawat Pulau Pinang pada tahun 1929.

Rumah Asdang merupakan tempat tinggal untuk Khaw Joo Tock, Pengarah Urusan Syarikat Koe Guan Company, sehingga Perang Dunia Kedua, apabila tentera Jepun merampasnya untuk kegunaan mereka sendiri. Selepas perang tamat, rumah itu sudah dalam keadaan begitu buruk sehingga Joo Tok tidak ingin tinggal di situ, dan berpindah untuk tinggal di Jalan Macalister. Harta ini bertukar tangan beberapa kali, dan pernah digunakan sebagai pengedar kereta pakai dan juga restoran masakan Hainan.

Rumah Asdang menjadi Hotel Metropole pada tahun 1970-an, dan digunakan sebagai hotel untuk satu dekad sebelum ditutup dan tidak digunakan untuk beberapa tahun. Ia kemudiannya dibeli oleh sebuah syarikat yang dengan senyap-senyap ingin meruntuhkannya pada bulan Disember, 1993. Perbuatan itu telah membangkitkan kemarahan di kalangan peminat warisan dan pemulihara tempatan. Oleh sebab pemilik syarikat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan negera, isu itu telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk mengutuk pentadbiran masa itu.

Rumah Asdang, setelah dibuahsuai. (2 Jun, 2007)


Untuk membaiki imej diri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mengarahkan pemilik Rumah Asdang agar membina semula bangunan itu kepada bentuk asal, dan menyamannya RM10,000 dengan saman tambahan untuk setiap hari ia lewat. Tetapi banyak orang Pulau Pinang beranggapan yang tindakan itu masih tidak mencukupi.

Isu berkenaan Hotel Metropole hilang dari tumpuan ramai selama lebih sedekad sebelum pemiliknya membangun semula tapak itu sebagai Kondominium Mayfair. Menyedari perasaan hangat ke atas bangunan bersejarah ini, pembangun telah membina sebuah bangunan pencakar langit di belakang banglo itu, dengan mengekalkan muka dengan Rumah Asdang sepertilah dilekat kepada kondominium itu.

Rumah Asdang adalah pada peta Jalan Sultan Ahmad Shah

Bacaan Tambahan

  1. Where is Hotel Metropole & Rumah Asdang? by Boon Raymond (2 March, 2010)
    https://teochiewkia2010.blogspot.com/2010/03/where-is-metropole-hotel-asdang-house.html

  2. The Fall of Hotel Metropole, by KimGooi Photojournalist (26 October, 2010)

  3. Remembering the fall of Rumah Asdang by Himanshu Bhatt (11 February, 2011)
    https://www.igeorgetownpenang.com/features/800-remembering-the-fall-of-asdang-house

Bibliografi

  1. Pulau Pinang Magazine, Vol 3, No. 1 (Georgetown Printers)

  2. Streets of George Town, Pulau Pinang

  3. by Khoo Su Nin (1993)

Senarai Bangunan Bersejarah di Pulau Pinang and Bangunan Bersejarah di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.