Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Bufet Selera Ramadan Royale Chulan Penang

Selera Ramadan Buffet at Royale Chulan PenangSelera Ramadan Buffet at Royale Chulan Penang (18 Mei, 2017)


English

Hotel Royale Chulan Penang sudah melancarkan bufet berbuka puasa untuk bulan Ramadan. Tema tahun ini ialah Selera Ramadan. Ia berlangsung dari 29hb Mei hingga 23hb Jun, 2017. Bufet ini membawa harga RM78net (dewasa) dan RM40net (kanak-kanak dan warga emas) untuk 29hb Mei hingga 4 Jun, dan 19hb Jun hingga 23hb Jun; dan harga RM88net (dewasa) dan RM44net (kanak-kanak dan warga emas) dari 5hb Jun hingga 18hb Jun, 2017. Harga kanak-kanak dan warga emas adalah untuk mereka berumur antara 6-12 tahun dan 60 tahun ke atas.

Selera Ramadan Buffet at Royale Chulan PenangSelera Kampung Buffet
©Royale Chulan Penang

Tempahan

Untuk membuat sebarang tempahan atau mendapat maklumat tambahan, sila hubungi Royale Chulan Penang pada +604 259 8888 atau emel info@royalechulan-penang.com

Ulasan Bufet Selera Ramadan Royale Chulan Penang

Saya dan isteri saya amat berbangga dipelawa oleh Hotel Royale Chulan Penang untuk mengulas Bufet Selera Ramadan mereka pada 18hb Mei, 2017. Bufet ini diadakan di Sri Tanjung Café, tempat makan utama hotel tersebut. Setibanya kami di sana, didapati banyaknya hidangan yang sudah siap, umpama suatu kenduri. Terdapat gerai-gerai berlainan yang menghidangkan berjenis-jenis masakan.

Kami telah memulakan sarapan kami dengan menjamu diri di meja salad. Di sini terdapat pelbagai pilihan. Kerabu pun berjenis-jenis, termasuk Kerabu Taugeh, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Sotong dan Kerabu Tanghoon. Di sebelahnya pula ialah Rojak Buah-buahan, manakala di penjuru bertentangan pula, berjenis-jenis ulam, dimakan dengan pelbagai perasa termasuk Sambal Belachan, Tempoyak, Budu dan Sambal Belimbing. Saya ambil ini sedikit, itu sedikit, untuk memberi rasa kepada ulam. Dan ditambah kepadanya, separuh telur masin.

Masakan utama yang dihidangkan di bufet ini termasuk Nasi Tomato, Nasi Briyani, Nasi Putih, Spaghetti Sambal Sotong, Ayam Masak Merah Madu, Kari Ikan Tenggiri Bendi, Kambing Bahmia, Sweet & Sour Prawn, Ikan Keli Goreng Berlada, Daging Salai Pulut Kuah Lemak, Mix Vegetables dan Kepak Masak Cili Padi Pedas.

Di bahagian tepi dan luar kafe pula, terdapat gerai-gerai berasingan, setiap satu dengan makanan tersendiri. Di bahagian luar, terdapat Kamping Panggang Golek. Besarnya! Saya dimaklumkan yang ini adalah masakan kegemarahn ramai dari bufet tahun lepas, dan kalau tak silap saya, nampaknya tetamu tahun ini pun mengidamkannya. Di sebelah Kambing Panggang Golek ialah Nasi Briyani dengan Sos Pudina. Kemudian, terdapat juga Satay Ayam dan Daging. Saya nampak juga Ais Kacang, tapi tak sempat makan. Saya berpeluang mencuba Cucur Kerang Berlauk. Ia sungguh rangup dan sedap! Alangkah baik kalau saya dapat makan lebih banyak, tetapi sudah amat kenyang.

Di dalam Kafe Sri Tanjung terdapat gerai dengan Roti Canai, Murtabak dan Bubur Lambuk. Kesemuanya enak-enak belaka, walaupun rasanya Roti Canai itu terlampau besar bagi saya, dan terpaksa dikongsi dengan isteri saya. Terdapat juga Char Koay Teow yang digoreng ala Melayu.

Sebenarnya, bufet ini menghidangkan jauh lebih banyak makanan daripada yang dapat saya cuba. Perut tak muat! Kami mengakhiri sarapan dengan pencuci mulut. Terdapat berjenis-jenis kek, puding dan kuih-muih. Saya terasa amat puas dengan sarapan ini. Saya dan isteri saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Royale Chulan Penang kerana telah menjemput kami. Ini sememangnya satu bufet yang amat kami nikmati.

Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangPelbagai hidangan pada Bufet Selera Ramadan. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangKamping Panggang Golek being roasted. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangTempeh dan ulam-ulaman. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangKari Ikan Tenggiri Bendi. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangAyam Masak Merah Madu. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangKambing Bahmia. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangKepah Masak Chili Padi Pedas. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangRojak Buah-buahan. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangNasi Tomato. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangPilihan untuk Ais Kacang. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangKek yang sedap-sedap. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangTart dan kek lagi. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangPuding Mangga, satu daripada beberapa jenis puding yang dihidangkan. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangSaya tengah menikmati Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan Penang. (18 Mei, 2017)


Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan PenangIsteri saya Chooi Yoke turut menikmati Bufet Selera Ramadan di Royale Chulan Penang. (18 Mei, 2017)


Kembali ke laman utama Royale Chulan Penang


Maklumat

Senarai Hotel di Pulau Pinang dan Hotel di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.