Stesen Atas Bukit Bendera (GPS: 5.42366, 100.26937) ialah stesen teratas untuk Keretapi Bukit Bendera. Ia terletak di kaki Bukit Strawberi, satu daripada bukit-bukau yang dikenali pada keseluruhannya sebagai Bukit Bendera atau Penang Hill. Stesen ini telah diubahsuai beberapa kali, dengan pengubahsuaian terkini pada tahun 2015, apabila laluan pejalan kaki dibina untuk menghubungkannya kepada Astaka Bukit Bendera. Laluan asal juga diubahsuai dengan ditambah bumbung untuk melindungi pengguna daripada sinaran cahaya matahari.
Kaunter tiket keretapi sekarang tidak lagi dijual di Stesen Atas. Ia perlu dibeli di Stesen Bawah. Kalau anda menaiki Keretapi Bukit sehala sahaja, dari atas bukit ke kaki bukit, anta perlu membeli tiket apabila tiba di Stesen Bawah, kalau tidak, tak dapat keluar dari stesen ikut pintu pagar.
Penumpang keluar dari Stesen Atas Bukit Bendera (21 Februari, 2017)
Keretapi Bukit di Stesen Atas (21 Februari, 2017)
Penumpang keluar menerusi lorong sebelah kiri manakala lorong-lorong tengah untuk masuk stesen (21 Februari, 2017)
Stesen Atas Bukit Bendera pada Google Maps Street View
Stesen Atas Bukit Bendera adalah pada peta Bukit Bendera