Teluk Bahang, Pulau PinangTeluk Bahang, Pulau Pinang (19 Mei, 2012)


English

Teluk Bahang (GPS: 5.45785, 100.21473), (Bahasa Cina: 直落巴巷; Rumi Pinyin: Zhíluò Baxiàng) adalah sebuah kampung nelayan di sebelah timur laut Pulau Pinang. Ia berkemungkinan mendapat namanya dari bahang yang dirasai daripada bayu laut pada waktu tengahari. Kampung nelayan ini terkenal sebagai tempat masuk ke Taman Negara Pulau Pinang. Ia mempunyai sebuah restoran makanan laut bernama End of the World Restaurant. Restoran itu musnah apabila tsunami melanda pada 26hb Disember, tetapi sekarang telah berpindah ke lokasi baru. Mereka yang dahulunya pernah masuk pasukan pengakap akan ingat akan Teluk Bahang sebagai tapak Kem Jamboree Pengakap.

Teluk Bahang ialah lokasi untuk Entopia dan Rimba Rekreasi Teluk Bahang. Terdapat beberapa kilang batik di sini yang mengisi keperluan pasaran pelancong. Di sebelah bukit pula ialah Ladang Buah-buahan Tropika. Empangan Teluk Bahang yang siap dibina pada tahun 1999 adalah lokasi baik untuk menikmati pemandangan dari darat ke laut. Dengan kapasiti 19.24 billion liter, ia adalah empangan yang paling besar di sebelah pulau Negeri Pulau Pinang dan sering digunakan sebagai lokasi sukan air. Ia juga satu-satunya empangan yang dibina dekat dengan laut.

Bahagian bukit Teluk Bahang adalah sebahagian daripada Taman Negara Pulau Pinang yang meliputi seluruh tanjung di bahagian timur laut Pulau Pinang. Di Taman Negara Pulau Pinang terdapat laluan hutan ke tempat-tempat seperti Muka Head dengan cabang ke Pantai Kerachut. Laut di Teluk Bahang tidak berapa sesuai untuk berenang kerana terdapat obor-obor dalam air. Ini disebabkan kumbahan yang dilepaskan ke dalam laut.

Lokasi tempat di Teluk Bahang dalam peta



Lokasi di Teluk Bahang

  1. ESCAPE Adventureplay Theme Park (GPS: 5.44942, 100.21538)

  2. Hock Lok Siew Durian Estate (GPS: 5.42783, 100.2205)

  3. Jubilee Camp Beach (GPS: 5.46172, 100.2177)

  4. Masjid Jamek Teluk Bahang (GPS: 5.45637, 100.21442)

  5. Pulau Pinang Butterfly Farm (GPS: 5.44745, 100.21563)

  6. Pulau Pinang National Park (GPS: 5.4598, 100.20268)

  7. Taman Rimba Teluk Bahang (GPS: 5.4467, 100.21677)

  8. Teluk Awak (GPS: 5.45965, 100.21079)

  9. Teluk Bahang Community Hall (GPS: 5.4572, 100.21415)

  10. Teluk Bahang Dam (GPS: 5.43951, 100.21337)

  11. Teluk Bahang Jetty (GPS: 5.46035, 100.20701)

  12. Teluk Bahang Roundabout (GPS: 5.45784, 100.21472)

  13. Teluk Bahang Tua Pek Kong Temple (GPS: 5.45819, 100.20674)

  14. Tropical Fruit Farm (GPS: 5.41479, 100.21694)

Warung dan tempat makan di Teluk Bahang

  1. End of the World Restaurant (GPS: 5.45795, 100.21448)

  2. Teluk Bahang Pulut Udang Stall (GPS: 5.45798, 100.21463)

Kemudahan awam di Teluk Bahang

  1. Teluk Bahang Market (GPS: 5.45722, 100.21335)

Pangsapuri di Teluk Bahang

Pergi ke Teluk Bahang

Naik bas Rapid Penang bernombor 101 atau 102 untuk sampai ke Teluk Bahang.

The now closed Mutiara Beach ResortThe now closed Mutiara Beach Resort (19 Mei, 2012)


Hindu temple on the beach of Teluk BahangHindu temple on the beach of Teluk Bahang (19 Mei, 2012)

Selepas Tsunami

Teluk Bahang adalah antara tempat yang dilanda tsunami pada 26hb Disember 2004. Ombak tiba pada 12:50pm tengahari menyebabkan kerosakan besar dan meragut beberapa nyawa, walaupun tidak seteruk negara-negara lain di Lautan Hindi. Apabila kawasan itu ditinjau pada 15hb Januari 2005, kami dapati yang kampung ini dalam proses bangkit semula.

Teluk Bahang, tiga minggu selepas tsunami 26hb DisemberTeluk Bahang, tiga minggu selepas tsunami 26hb Disember (15 Januari, 2005)

Senarai Pantai di Pulau Pinang and Pantai di Malaysia; senarai Bandar di Pulau Pinang dan Bandar di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.