Juga berada di The TOP ialah Restoran 59 Sixty, restoran yang paling tinggi di Malaysia. Pada tingkat 6 pula ialah cawangan Restoran Grand Imperial yang pertama di Pulau Pinang. Antara kedai lain di The TOP termasuk Only Mee, Chocolate Passion, Richdad dan Penang Street Food. Pada tingkat 4 pula terdapat paparan siling LCD berukuran 63 meter yang merupakan paparan LCD terpanjang di Pulau Pinang.
Bergabung dengan The TOP tetapi dengan pengurusan yang terasing ialah Tech Dome Penang. Selain itu, di The TOP ialah dewan makan berukuran 14,400 kaki persegi yang dapat memuat 1,000 tetamu. Sebagai usaha membaikpulih Komtar, ketinggian Menara Komtar juga dinaikkan dari 65 tingkat kepada 68 tingkat.
Usaha membaikpulih Komtar dijalankan oleh Only World Group Holdings Sdn Bhd (OWG), syarikat yang berpengalaman mengoperasi beberapa taman tema di dunia.
Bersama saya ialah Dato' Sri Richard Koh, CEO untuk One World Group yang mengurus. (2 Ogos, 2016)
Senarai tarikan The TOP
Berikut beberapa tarikan The TOP yang sudah dibuka kepada orang awam. Saya akan mengemaskini senarai ini apabila tarikan baru ditambah kepadanya.
Tiket The TOP boleh dibeli secara online:
https://thetop.com.my/buy-tickets/
Harga Tiket The TOP
Pakej A: THE TOP All Park (Pas Sehari)
Pakej A menawarkan tarikan-tarikan termasuk DanceOki, Magic Mirror Maze, 7D Discovery Motion Theater, Tongkat Ali King, Jurassic Research Centre, Musical Carousel, Ocean Explorer dan Dragon Regatta (kanak-kanak sahaja). Waktu operasi ialah 10:00am hingga 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
RM150 Dewasa dan RM100 Kanak-Kanak
Dewasa dengan MyKad: Sembilan-puluh-lapan ringgit
Kanak-kanak dengan MyKid: Lima puluh ringgit.
Pakej B: Observatory Deck & Window of The TOP (Pas Sehari)
Pakej B menawarkan tarikan-tarikan termasuk Rainbow Skywalk dan Observatory Deck (luar dan dalam). Bertempat di tingkat 65 dan 68 Menara Komtar, ia juga merangkumi Bar & Bistro Coco Cabana, Pot of Gold, Lucky Horseshoe Chair dan Upside Down Hanging Musical Orchestra. Tiket sah untuk setahun dari tarikh pembelian, untuk sekali masuk tanpa mengira masa, sepanjang waktu operasi 10:00am hingga 10:00pm. Harga tiket termasuk 6% GST.
RM118 Dewasa (melebihi 130cm) dan RM88 Kanak-Kanak (90-130cm)
Dewasa dengan MyKad (melebihi 130sm): Lapan-puluh-lapan ringgit
Kanak-kanak dengan MyKid (90-130sm): Lima-puluh-lapan ringgit.
Hadiah THE TOP buat Orang Penang (11 February, 2017)
Khas untuk Rakyat Pulau Pinang dari 15 Februari hingga 15 Mac dan dari 1 April hingga 30 April, 2017
The TOP dengan bangganya mengumumkan harga tiket khas untuk rakyat Pulau Pinang, agar orang Penang berpeluang menikmati tarikan The TOP sekurang-kurangnya sekali. Dari 15 Februari hingga 15 Mac, rakyat Pulau Pinang menikmati kadar istimewa RM48 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak) untuk pas melawat Avenue of Adventures yang termasuk Pusat Penyelidikan Jurassik, dan dari 1 hingga 30 April, kadar istimewa RM38 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak) untuk pas melawat Window of THE TOP, yang termasuk Rainbow Skywalk.
Paparan LCD 63-meter, yang terbesar di Malaysia (2 Ogos, 2016)
Chocolate Passion, The TOP (2 Ogos, 2016)
Restoran Grand Imperial di The TOP (2 Ogos, 2016)
Dewan Bankuet The TOP
Dewan Bankuet The TOP ialah dewan jamuan makan yang baru di Komtar. It mempunyai keluasan 14,400 kaki persegi dan boleh memuat 1,000 orang.
Saya dan isteri di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
Meja VIP di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
Dato Sri Richard Koh, CEO bagi One World Group (pemilik The TOP), dengan isterinya, menghadiahkan oren kepada penari singa di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
Seekor "singa" yang manja "menyerang" saya. (11 Februari, 2017)
Yee Sang, dalam bentuk ayam jantan untuk dilambung oleh VIP. (11 Februari, 2017)
VIP memasuki Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
VIPs melambung Yee Sang di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
Ketua Menteri Pulau Pinang menyampaikan ucapan di Dewan Bankuet The TOP. (11 Februari, 2017)
Persembahan gendang yang rancak di Dewan Bankuet The TOP (11 Februari, 2017)
Ketua Menteri menganugerahkan cek RM32,000 dari pengurusan The TOP kepada beberapa badan amal di Pulau Pinang. (11 Februari, 2017)