Batu Caves (GPS: 3.23796, 101.68418) adalah sebuah gua batu kapur yang besar. Ia mengandungi kompleks kuil Hindu di dalamnya. Gua ini terletak lebih kurang 13 km ke utara pusat bandaraya Kuala Lumpur, di Negeri Selangor.
Di Batu Caves, perayaan Thaipusam yang terbesar di Malaysia diadakan pada setiap tahun. Ini telah menjadikannya satu daripada tarikan pelancongan yang utama untuk Negeri Selangor.
Batu Caves terletak di daerah yang juga digelar Batu Caves. Nama ini adalah kombinasi perkataan Melayu "batu" dengan perkataan Inggeris "caves", satu-satunya nama tempat kombinasi dua bahasa, seperti juga Muka Head di Pulau Pinang. Batu Caves dipercayai mendapat nama dari Kampung Batu yang terletak di situ, dan juga sungai yang mengalir dari bukit batu kapur di situ juga dipanggil Sungai Batu. Dahulunya, terdapat sebatang jalanraya di Kuala Lumpur yang bergelar Jalan Batu atau Batu Road, tetapi sekarang telah ditukar nama menjadi Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tugu Encik K. Thambusamy, pengasas Kuil Sri Maha Mariamman Dhevasthanam. (28 Disember, 2006)
Mengenai Batu Caves
Batu Caves mula-mula diterokai oleh seorang pengembara America bernama William Hornaby pada tahun 1891. Sepuluh tahun kemudian, penduduk India telah mengesa pihak British agar membenarkan mereka mendirikan sebuah kuil di dalam gua tersebut. Pada mulanya, sebuah kuil yang kecil didirikan untuk Dewa Murugan, yang juga dikenali dengan nama Dewa Subramaniam. Beberapa tahun kemudian, sebuah lagi kuil didirikan, untuk dewa berkepala gajah, iaitu Dewa Ganesh.
Gua utama di Batu Caves digelar Cathedral Cave, sebab ia mempunyai siling yang amat tinggi. Sebuah tangga dengan 272 langkah telah dibina untuk mencapai ke gua utama ini. Sehingga siapnya tangga ke Kuil Balathandayuthapani di Pulau Pinang, ini adalah tangga yang panjang ke sesebuah kuil Hindu di Malaysia. Dari atas tangga ini, seseorang dapat pemandangan bahagian utara bandaraya Kuala Lumpur. Lebihkurang 2/3 perjalanan menaiki tangga ini, terdapat sebuah laluan ke Gua Gelap, yakni sebuah gua yang banyak kelawar di dalamnya. Lawatan ke Gua Gelap boleh dibuat dengan menghubungi +60 12 430 7011 atau emel enquiry@darkcaves.com.my
Apabila saya melawat ke Batu Caves, terdengan bunyi audio yang nyaring berulang-ulang melaung, "Dark Cave! Opening now! Come and have a look!" Pengumuman itu begitu pantas sehingga pada mulanya, saya tidak dapat mengecam apakah yang dikatakan.
Tak syak, Batu Caves paling sibuk pada masa perayaan Thaipusam, yang diraikan oleh mereka yang beragama Hindu apabila bulan penuh pada bulan Thai, iaitu antara pertengahan Januari hingga pertengahan Februari. Pada masa itu, penganut akan membawa kavadi (yang bererti "beban") sebagai pertapaan.
Bagaimana pergi ke Batu Caves
Batu Caves terletak di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Jika datang dari sebelah barat, susur keluar dari MRR2 di koordinat 3.23492, 101.68041, dan dari timur pula, susur keluar pada koordinat 3.23527, 101.684.
Batu Caves adalah dalam peta tarikan pelancongan di Selangor
Gerbang ke kuil di Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Sebuah kuil di kaki tangga. (28 Disember, 2006)
Patung raksasa Dewa Murugan. (28 Disember, 2006)
Pandangan gerbang masuk ke Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Laluan masuk ke Gua Gelap, di mana ekspedisi menjelajah gua diadakan. (28 Disember, 2006)
Pandangan tangga 272 langkah di Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Tempat masuk ke Batu Caves, di atas tangga 272 langkah. (28 Disember, 2006)
Patung dewa pada tebing tinggi. (28 Disember, 2006)
Pandangan dari mulut gua ke dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Pandangan dari dalam menghadap ke mulut Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Kuil-kuil kecil di dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Laluan di bahagian tengah gua. (28 Disember, 2006)
Pandangan dari atas tangga. (28 Disember, 2006)
Kuil di bahagian paling dalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)
Satu lagi pandangan kuil di bahagian terdalam Batu Caves. (28 Disember, 2006)