Sungai KlangSungai Klang, pada kuala Sungai Gombak. (8 Februari, 2006)


English

Sungai Klang ialah sebatang sungai utama yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor. Ia mempunyai jumlah panjang 120 km. Lembah Klang yang mempunyai keluasan 1288 kilometer persegi adalah lembah untuk sungai ini.

Sungai Klang mempunyai 11 anak sungai yang utama. Sungai Gombak bertemu Sungai Klang di kuala yang memberi nama kepada bandaraya Kuala Lumpur. Anak-anak sungai yang lain termasuk Sungai Ampang, Sungai Penchala dan Sungai Kuyoh. Sungai Klang juga mempunyai nama yang lebih tua, iaitu Sungai Seleh, tetapi nama ini tidak lagi digunakan hari ini.

Punca Sungai Klang adalah di bahagian tanah tinggi of Selangor, lebih kurang 25km ke sebelah timur laut Kuala Lumpur. Pada perjalanannya terdapat dua empangan iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gates. Oleh sebab pembangunan yang berlaku, sebahagian Sungai Klang hari ini telah menjadi seperti sebatang terusan konkrit. Ini sering menyebabkan banjir kilat di Kuala Lumpur.

Untuk mengurangkan kejadian banjir, Terowong SMART telah dibina. Ia memainkan dua fungsi, sebagai terowong lalulintas pada keadaan biasa, dan sebagai longkang ribut pada masa hujan lebat.

Untuk lebih mengenali Sungai Klang, saya telah mengikut perjalanannya dari bahagian muara di Pelabuhan Klang, sampai ke Empangan Klang Gates. Saya dapati yang jaraknya 88.5km. Ini bermakna terdapat satu suku lagi pengaliran Sungai Klang yang berada di sebalik empangan. Saya hanya dapat mengikut sungai ini sehingga ke Empangan Klang Gates, sebab maklumat pada Google Maps tidak begitu jitu untuk memastikan punca sebenari sungai ini.

Dengan pandangan menyeluruh Sungai Klang, saya lebih memahami pengalirannya menerusi Lembah Klang sampailah ke Selat Melaka (atau, sebenarnya, Selat Klang). Saya dapati yang sungai ini mengalir dalam arah ke selatan. Berdekatan Puchong, is membengkok ke sebelah utara berdekatan Kampung Bukit Lanchung. Berdekatan Taman Teknologi Shah Alam, Sungai Klang membengkok sekali lagi dan mula menghala ke barat. Apabila yang mendekati pantai, Sungai Klang membuat beberapa lengkungan besar sebelum memasuki Selat Klang, antara Southport dan Zon Perindustrian Selat Klang Utara.

Sungai Klang, Kuala LumpurPandangan Sungai Klang di Kuala Lumpur pada waktu senja. Pada masa gambar ini ditangkap, suatu projek pemuliharaan sedang dijalankan di kawasan ini. (10 September, 2016)

Peta Sungai Klang

Senarai Sungai di Selangor dan Sungai di Malaysia

 Halaman web terkini di Penang Travel Tips

 Discover with Timothy YouTube Channel

 Discover with Timothy Food YouTube Channel

 Learn Penang Hokkien YouTube Channel

SojiMart Videos

Kenali Pulau Pinang, Jalan Demi Jalan

Mencari maklumat mengenai Pulau Pinang? Gunakan Peta Jalanraya Pulau Pinang. Klik pada jalan untuk mendapat maklumat terperinci.

Discover with Timothy

Discover With Timothy YouTube Channel

Chowrasta Market Narrated Walking Tour

IKEA Batu Kawan Narrated Walking Tour

Relau Penang Narrated Walking Tour

Medan Bayan Relau Penang Narrated Walking Tour

Fort Cornwallis & The Esplanade Narrated Walking Tour

Padang Kota Lama Narrated Walking Tour

Duke Street & Koh Seang Tat Fountain Garden

Feng Yi Dumplings

Sam Poh Footprint Temple Narrated Walking Tour

Blooms Nursery & Gallery

Bodhi Heart Sanctuary Narrated Walking Tour

Lebuh Bukit Jambul Roundabout Narrated Walking Tour

Bukit Jambul Elevated U-Turn Narrated Walking Tour

Bayan Baru Walking Tour

Penang, You're My Paradise

Gurney Bay - what to see and do there

© 2003-2023 Timothy Tye. Hakcipta Terpelihara.