English
Sejak laman saya Penang Travel Tips dimulakan pada tahun 2003 (pada masa itu ia menggunakan nama domain AsiaExplorers), ia telah berkembang sehingga menjadi satu-satunya laman/blog travel yang paling besar di Malaysia. Pada setiap bulan, ia menerima beberapa juta lawat-laman dari lebih daripada seratus ribu pelawat. Sebagai pengarang laman ini, untuk jangkamasa yang agak lama, saya mengasingkan diri dari kalangan blogger tempatan (oleh sebab saya tidak mengenali diri saya sebagai blogger). Tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini, saya mula muncul di kalangan blogger dan saling berkenalan dengan mereka.
Ada yang terasa kagum apabila melihat statistik laman saya. Mereka ingin tahun apakah rahsia blogging yang telah membuat laman saya menjadi begitu dikenali. Saya tidak mempunyai sebarang skim cepat kaya untuk ditawarkan. Apa yang boleh saya syorkan hanyalah pengalaman yang saya dapati, yang saya harap dapat membawa faedah kepada mereka. Antara nasihat saya, mungkin didapati begitu mudah difahami, tetapi mengapa pula tidak dilaksanakan? Itu pun saya tidak faham. Walau bagaimanapun, dalam petikan-petikan seterusnya, saya akan beri sedikit tunjukajar kepada blogger yang berminat untuk meningkatkan trafik blog mereka.
List of Petua Blogging dari Penang Travel Tips
Nilai Laman Anda Kepada Khalayak Ramai
Maklumat
[an error occurred while processing this directive][an error occurred while processing this directive]