Discover with Timothy
21st Anniversary as Content Creator

Rumi Taiji untuk menulis Hokkien Pulau Pinang

Rumi Taiji adalah sistem penulisan yang direka khusus untuk menulis Bahasa Hokkien Pulau Pinang. Dengan sistem penulisan ini, mereka yang bertutur Bahasa Hokkien Pulau Pinang dapat berkomunikasi menggunakan suatu sistem yang mudah dipelajari. Rumi Taiji menggunakan nombor nada yang boleh ditaip pada sebarang alat komunikasi tanpa muat turun. Kelas nada juga diringkaskan (secara tradisi, Bahasa Hokkien mempunyai tujuh kelas nada) kepada hanya empat kelas nada, supaya menyerupai empat nada pada Bahasa Mandarin, yakni Bahasa Cina yang difahami oleh kebanyakan orang Cina di Malaysia. Pengurangan kelas nada dari tujuh ke empat tidak mengkaburi maksud perkataan. Cara penulisan ini adalah berlainan daripada cara penulisan rumi Bahasa Hokkien sejak masa lampau, tetapi didapati perlu untuk menyekat kemerosotan Bahasa Hokkien pada masa ini.

Rumi Taiji direka untuk menulis Bahasa Hokkien Pulau Pinang. Oleh itu, peraturan perubahan nada (yang disebut sandhi nada atau tone sandhi) adalah khusus untuk Bahasa Hokkien Pulau Pinang, but mungkin tidak serupa dengan loghat Hokkien dari tempat lain. Namun demikian, adabila digunakan untuk menulis ayat-ayat, Rumi Taiji boleh juga digunakan untuk penulisan Hokkien loghat lain.

Sistem Nadi Rumi Taiji

Terdapat tempat kelas nade pada Rumi Taiji. Setiap sukukata diberi nombor 1, 2, 3/33 dan 4. Empat nada ini menyerupai empat nada pada Bahasa Mandarin yang difahami oleh pengguna Bahasa Mandarin tempatan. Nada 3 dan 33 boleh dianggap nada yang sama, tetapi mempunyai sifat yang berlainan.

Contoh Empat Nada Rumi Taiji dengan Sukukata:

ma1 , ma2 , ma3 , ma4

pa1 , pa2 , pa3 , pa4

kau1 , kau2 , kau3 , kau4

kong1 , kong2 , kong3 , kong4

1) Setiap sukukata yang membawa erti dipanggil morfem. Morfem boleh menjadi perkataan satu sukukata, contohnya jip1 (masuk), chut3 (keluar). Sukukata dengan nombor nama yang berlainan adalah morfem yang berlainan, dan mempunyai maksud yang berlainan, contohnya kau1 (gantung), kau2 (monyet), kau3 (cukup) dan kau4 (sembilan). Oleh itu, setiap perkataan mesti dipelajari dengan nombor nadanya.

2) Di Rumi Taiji, terdapat beberapa heterograf, iaitu perkataan yang dieja berlainan, sebab maksudnya berlainan, tetapi mempunyai sebutan yang sama, contohnya, kau4 (sembilan) dan kao4 (anjing) dieja berlainan, tetapi sebenarnya sebutan adalah sama. Tujuannya adalah untuk memudahkan pembacaan dan kepantasan kefahaman ayat.

3) Perkataan-perkataan dengan nada 3 dan nada 33 adalah sama sebutannya, tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Contohnya lau3 (bocor) dan lau33 (tua). Adalah mustahak mengenali perkataan dengan angka nada yang betul untuk mendapat fahaman ayat yang diingini.

4) Perkataan boleh diterbitkan dengan menggabungkan morfem-morfen bersama. Contohnya lau3juak1 (seronok), pan3gee2 (mudah), dan lain-lain.

5) Apabileh dua atau lebih morfem digabungkan, morfem didepat berubah nadanya. Gabungan boleh ditulis sebagai satu perkataan, atau dua perkataan asing, bergantung kepada situasi.

Contoh 1: ang2 (merah) dan sna1 (kemeja) menjadi ang3 sna1 (kemeja merah). Dalam contoh ini, ang2 adalah kata sifat untuk sna1. Dalam Bahasa Hokkien Pulau Pinang, kata sifat ditulis di depan kata nama.

Contoh 2: wah4 (Saya), boek3 (nak), khee3 (pergi), co3 (buat) and kang1 (kerja).
Dalam satu ayat, perkataan-perkataan di atas ditulis sebagai:
Wah1 boek1 khee1 co1 kang1 (Saya nak pergi buat kerja). Kesemua perkataan mengubah nadanya kecuali perkataan terakhir (iaitu "kang1" dalam contoh di atas.)

6) Peraturan pengubah nada adalah seperti berikut:

Perkataan yang dipetik terus dari kamus, sebelum mengalami perubahan nada, dipanggil sebagai "bentuk petikan" (citation form). Apabila telah berubah nadanya, ia dipanggil "bentuk sandhi" (sandhi form).

Perkataan yang berakhir dengan nada 1 atau 2 mengubah nada kepada 3 apabila diletakkan di depan perkataan lain.

Contoh 1: ang1 (suami) + bor4 (isteri) = ang3bor4 (pasangan suami-isteri)

Contoh 2: ang2 (merah) + sna1 (kemeja) = ang3 sna1 (kemeja merah)

7) Perkataan yang berakhir dengan nada 3 atau 4 mengubah nada kepada 1 apabila diletakkan di depan perkataan lain.

Contoh 1: lau3 (bocor) + chooi4 (air) = lau1 chooi4 (air terbocor keluar)

Contoh 2: kang4 (sungai) + pni1 (tepi) = kang1 pni1 (tepi sungai)

8) Perkataan nada 33 mempunyai sebutan yang sama dengan perkataan nada 3, kecuali, ia tidak mengubah nada apabila diletakkan di depan perkataan lain. Yakni, ia kekal nada 33..

Contoh: lau33 (tua) + lang2 (orang) = lau33 lang2 (orang tua)

9) Telitikan yang lau3 (bocor) dan lau33 (tua) mempunyai sebutan yang sama, tetapi maksud berlainan. Oleh itu, mustahak pelajari setiap satu perkataan dengan nombor nada sekali.

10) Kamus Bahasa Hokkien Pulau Pinang menyenaraikan lebih daripada 5,000 perkataan yang sering digunakan. Kamus ini mempunyai audio yang dapat membantu anda menyebut perkataan dengan betul. Setiap perkataan disertakan dengan definisi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dengan tulisan Cina, dan perkataan yang sama dalam Bahasa Hokkien Taiwan dan Bahasa Hokkien Amoy. Kamus ini adalah percuma untuk digunakan terus dari laman web di mana-mana di dunia.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mempelajari bahasa kami.

Read also: Taiji Romanisation of Penang Hokkien; Return to Penang Hokkien Grammar

Learn Penang Hokkien with Memrise

Now you can use the most user-friendly tool on the web to learn Penang Hokkien. It helps you to listen, understand and memorise. Go to Memrise, and learn Penang Hokkien at your own pace.

[an error occurred while processing this directive]

Private Guided Tours of Penang

If you are seeking private guided tours of Penang, message Penang Tour Guides at penangtourguides@gmail.com and enquire with them.

 Buy, rent or sell properties in Penang

Do you have a property for sale or to rent out? Are you looking to buy or rent a property? Get in touch with me. WhatsApp me (Timothy Tye) at 012 429 9844, and I will assign one of my property agents to serve you. I will choose the agent for you, according to your property needs. So when you message me, provide me some details of what you need, whether to sell, to buy, to rent or to rent out, and what type of property, is it condo, apartment, house, shop, office or land.

 Latest updates on Penang Travel Tips

Map of Roads in Penang

Looking for information on Penang? Use this Map of Roads in Penang to zoom in on information about Penang, brought to you road by road.

About this website



Thanks for reading this page. My name is Timothy Tye. My hobby is to research information about places, and share the information with people on this website. I started this website on 5 January 2003, and since then, have written about over 20,000 places, mostly in Malaysia and Singapore.

Please use the information on this page as guidance only. While I try my best to provide you information that is as accurate as I can get it to be, I do apologize for any errors. Also, as I might not be able to update some information on time, some of these pages may contain outdated information.
Copyright © 2003-2024 Timothy Tye. All Rights Reserved.