Filipina ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Ia meliputi 299,764 km persegi (115,831 batu persegi) dan terdiri daripada 7107 pulau di bahagian barat Lautan Pasifik. Dengan jumlah penduduk 92 juta orang (anggaran 2011), Filipina adalah negara yang ke-12 besar di dunia. Ibu negara Filipina ialah Manila manakala bandaraya terbesar ialah Quezon City. Manila dan Quezon City berada dalam kawasan metropolitan yang digelar Metro Manila, yang termasuk empat belas bandaraya yang lain.
Sebagai sebuah negara kepulauan, Filipina dikelilingi laut. Jirannya termasuk Taiwan di utara di seberang Selat Luzon, Malaysia di barat-daya di seberang Laut Sulu, dan Indonesia di selatan di seberang Laut Sulawesi. Laut China Selatang mengasingkan Filipina daripada Vietnam. Di bahagian timur negara ini ialah Laut Filipina, yang merupakan sebahagian daripada Lautan Pacific.
Filipina dahulunya merupakan tanah jajahan Sepanyol dan kemudiannya Amerika Syarikat. Ia satu-satunya negara Asia di mana kebanyakan penduduknya beragama Katolik, yang satu lagi adalah Timor Leste. Selain agama Katolik, terdapat penduduk yang memeluk pelbagai kepercayaan termasuk denominasi Kristian yang lain, agama Islam, agama Buddha, agama Hindu dan kepercayaan lain. Pelbagai kaum dan budaya didapati di negara ini.
Negara Filipina mendapat namanya sempena Raja Sepanyol, Philip II, dari abad ke-16. Ia telah digelar Las Islas Filipinas oleh peneroka Sepanyol, Ruy López de Villalobos, apabila beliau meneroka kepulauan Leyte dan Samar. Walaupun terdapat nama-nama lain untuk kepulauan ini, akhirnya nama Filipina yang terpilih. Namun begitu, nama rasmi negara ini telah berubah beberapa kali dalam sejarahnya.
Tasik Kayangan di Pulau Coron dianggap antara tasik yang paling bersih di Filipina. https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kayangan_Lake.jpg Michael Ocampo
Pada masa Revolusi Filipina, negara ini digelar República Filipina. Sewaktu Perang Sepanyol-Amerika dan Perang Filipina-Amerika, ia digelar Philippine Islands, iaitu penterjemahan namanya dari bahasa Sepanyol. Nama "Philippines" mula digunakan pada waku jajahan Amerika dan sekarang diambil sebagai nama rasminya.
Filipina adalah lapan jam ke depan Waktu Semesta Berkoordinat (UTC+8). Di sini, lalulintas adalah pada sebelah kanan jalan, seperti juga Amerika Syarikat. Kuasa elektrik adalah 220V/60Hz. Kod talian IDD untuk Filipina adalah +63. Matawang rasmi adalah Peso (PHP). Bahasa Filipino (iaitu bahasa berasas bahasa Tagalog) dan English adalah bahasa-bahasa rasmi.
Ekonomi Filipina kini dalam proses perubahan dari yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan perkhidmatan dan pengeluaran. Ia satu daripada negara Asia yang baru berindustri termasuk China, India, Thailand dan Malaysia. Pada tahun 2010, Filipina mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar $188.719 billion, bersamaan Keluaran Dalam Negara per kapita $2,007. Per kapita Keluaran Dalam Negara pada pariti kuasa beli ialah $3,737.
Pemandangan di Makati https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Makati_City#mediaviewer/File:Makati_skyline_j_0_n.jpg j_0_n
Filipina mengalami iklim tropika maritim. Suhunya agak serata, iaitu lebih kurang 26.6°C (80°F) pada sepanjang tahun, dengan bulan Januari lebih sejuk dan bulan Mei lebih panas. Perbezaan ketinggian menunjukkan perbezaan yang lebih ketara kepada suhu, dengan bandaraya Baguio pada ketinggian 1,500 m (4,900 ft) dari aras laut mempunyai purata suhu 18.3°C (65°F). Musim hujan di Filipina adalah dari bulan Jun hingga ke November manakala musim kering dari Disember hingga ke Februari.
Filipina berada di kawasan taufan. Ia mendapat hujan lebat dan ribut kencang dari bulan Julai hingga Oktober. Dalam setahun, ia dilanda 19 ribut dengan kekuatan taufan. Negara ini juga berada pada Lingkaran Api Pacifik, dan oleh itu kerap dilanda gempabumi dan letusan gunung berapi.
The Chocolate Hills adalah tarikan pelancong di Pulau Bohol. https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chocolate_Hills#mediaviewer/File:Chocolate_Hills_(mendhak)_001.jpg mendhak, pixeltoo
Merancang lawatan ke Filipina
Pintu masuk ke Filipina yang utama adalah lapangan terbang antarabangsa Manila, Cebu, Davao, Clark dan Subic.
Mendarat di Manila
Kebanyakan pelawat ke Manila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA, kod IATA: MNL). Lapangan terbang ini mempunyai empat terminal. Terminal 1 digunakan oleh penerbangan selain Philippines Airlines dan Cebu Pacific. Terminal 2 digunakan oleh hanya Philippines Airlines. Terminal 3 digunakan oleh Cebu Pacific, Air Philippines dan Air Asia. Terminal 4 ialah Terminal Penumpang Tempatan Manila dan digunakan oleh penerbangan tempatan seperti Zest Airways, Interisland Airlines dan SEAIR.
Selain Lapangan Terbang Ninoy Aquino, anda juga mungkin mendarat di Clark Air Base (yang secara rasminya digelar Lapangan Terbang Antarabangsa Clark) di Angeles City. Lapangan terbang ini dalam proses diperbesarkan untuk menjadi lapangan terbang antarabangsa yang utama untuk Manila pada masa depan.
Mendarat di Cebu
Lapangan Terbang Mactan-Cebu (CEB) ialah lapangan terbang untuk pulau Cebu. Ia adalah lapangan terbang yang kedua besar di Filipina. Selain Philippines Airlines, penerbangan lain yang menggunakan lapangan terbang ini termasuk Asiana Airlines, Korean Air, China Eastern Airlines, Cathay Pacific, Malaysia Airlines dan SilkAir.
Merancang lawatan ke Filipina
Pada bahagian ini, saya hanya memberi maklumat secara menyeluruh. Saya akan menerangkan dengan lebih terperinci pada laman-laman yang khusus. Menaiki penerbangan adalah cara yang paling mudah untuk meneroka negara ini. Ia juga yang paling selesa dan cepat. Walaupun menaiki feri dan bot lebih murah, ia kerapkali terlampau sesak dan sering berlaku karam. Jangan menaiki feri kalau nampaknya terlalu sesak.